Tuesday 31 May 2011

attention! ni belogg baru ok. bukan blogger baru.

kenapa tukar? bila? dimana? watever, haha

actually almost 2month tak update blog. log in pun tak. last week nak update something, tapi mood tu hilang sebab account salah? guna email lama untuk blog. pastu kan kena guna google account nak log in blogspot. nak verify email tapi password salah. then suddenly ada orang add ym guna email tu? memang terkejut la kan. tanya siapa dia jawab ' kau laa..' thinking, konfius. means password dah kena tukar lain, hurmmm

ni blog lama ; tekan kuat kuat please!


bila buat blog baru time tu laa nuffnang nak bagi duit lebih. memang sedih laa tak boleh nak update, semua tinggal kenangan. blog baru cerita baru.

nak minta maaf kalau blog lama tu banyak buat orang sakit hati. balasan kot sebab banyak buat jahat :)

i need money i need job please.

jobless, macam orang kaya duduk rumah goyang kaki kan. duduk rumah lama lama boleh gemok aku camni. takde perancangan nak buat. bukan tak usaha cari kerja tapi takde kerja yang sesuai. demand tak? patut la ramai graduan menganggur sekarang ni, haha dah isi jobstreet, jobmalaysia, SPA pun dah. apply yang grand grand. memilih woahh, haha tak nak minta kerajaan act sebab fikir nak sambung belajar, tapi ramai yang bagi support. kalau dapat kerja kerajaan mesti la kena pegi. bukan senang nak dapat kan. insyallah buat study part time. aku boleh imagine betapa penat aku nanti.

aktiviti harian? bangun pagi hantar adik pegi sekolah, masak, kemas rumah, dah macam suri rumah tangga sepenuh masa. makan, tidur, online sampai lebam, msg dengan boifie tu benda wajib. tu je la yang aku buat sepanjang cuti ni. sampai bila nak macam ni? i need job laa. nak duit pegi shopping, keluar takde fulus tak syok. kan kan?

tunggu result untuk degree, hope so dapat. nak sambung belajar bagi saham tinggi sikit. hahahaha im just kidding. nak sambung belajar untuk masa depan laa yang pasti :)

Monday 30 May 2011

yes, it's you that makes me feel happier :)

in a relationship?

belogg dulu jarang update pasal boboi. rasa cam semak je. bukan dia baca pun.

kita dah cukup besar dan matang nak pikir relationship yang macam mana kita nak. kita and partner yang akan corak kan relationship tu. kalau baik, penuh dengan kasih sayang, tolak ansur, percaya antara satu sama lain, dan smooth, berjaya la hubungan tu. kalau sebalik nyer? hanya kita yang tahu :)

its just a biginning. dulu tak pikir pun nak serius sampai macam ni. im twenty-one, boifie kata ni bukan cinta main-main. hee, confident je kan. hope so, sebab its just a words. keluar dari mulut insan yang bergelar lelaki. ingat dulu cinta cinta monyet. kenangan semua tu. aku belajar dari apa yang berlaku.

"Simple rules of life: whatever makes you sad, leave it. Whatever makes you happy, keep it."

Saturday 28 May 2011

Misteri PENJARA PUDU . Mengapa PENJARA PUDU ditutup ??



Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.


Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.





Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.




Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.





Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..


Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.


Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal 


kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.


diaa cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang dia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?


Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.




Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu



menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,






"Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ding ding ge ding"




==============

hahahahaha macam haram je. sengal gila aku punya excited baca dari awal. siap berkerut kerut dahi semangat punya pasal. entry copy paste dari blogger lain. thanks to blogger yang buat aku tergelak after that, sori curik, haha

ingat dulu nak pegi time square naik train stop kat stesen hang tuah then jalan kaki. mesti la lalu sebelah penjara pudu ni. art, creative gilaa conteng conteng kat dinding penjara. semua tinggal kenangan :)

Tuesday 24 May 2011

start from beginning.

BISMILLAH

everything start from first
everything start from beginning
new account
new hope for new things. insyallah~

yang lama is memori :)