Saturday 24 September 2011

no title

mood : jeles tengok orang dapat sambung belajarrrrr

grr, geram! full stop.

Thursday 22 September 2011

#3 relationship

2209 - 2202 = 7





comel tak? haha with orang gila yang tersayang.
ehem ehem, sori, control cun je lebih yang sebelah tu.
bunch of love <3

Tuesday 20 September 2011

jatuh cinta dengan percubaan pertama



menangis aku dikala memasukkan nya ke dalam mata. kecil, susah.

farah, buka mata tu besar besar.

shit, tak boleh.

tapi nak juga. how?

tak kira buka juga besar besar.

percubaan yang ke lima atau ke enam baru laa masuk ke tempat nya. gila sengal, haha

pertama kali pakai lens okeyh. gilaa susah. tapi pengalaman nak mencuba benda baru dan kecantikan diri, hee warna purple gitu. agak excited tapi agak susah dan agak takut. benda senang tapi tak praktik tu yang jadi susah. lumrah alam kan.



actually lens ni tak berapa sesuai dengan aku sebab saiz lens ni agak besar. tapi ramai yang puji sebab mata aku nampak lain, muka pun lain, ayu maybe, haha perahsantan. ok, maybe sebab mata aku yang kecik ni bila pakai lens yang lebih besar dari anak mata nampak perbezaan dia. tengok je la gambar kat atas betapa beza nya lens tu dengan biji mata aku. nampak sangat tak pandai pilih. budak baru belajar J

*note : aku lagi jatuh cinta, jatuh hati dengan kekasih hati. iloveyou. full stop <3

drama : kasih alia


tamat sudah drama kasih alia slot akasia pukul7 tv3. serius cakap drama ni best, perkembangan drama melayu, industri hiburan makin lama makin baik. boleh je duduk bertapa depan tv semata mata nak tengok drama ini. tahniah tv3!

yang baik di balas dengan yang baik, yang jahat dapat balasan daripada NYA.

lepas ni cerita baru lakonan fasha sendat dan johan as'ari tak silapa a.k.a botak juvana. muka agak ganas tapi cute :) sama sama la saksikan perjalanan drama terbaru cinta elysa yang akan disiarkan mulai 13 sept 2011 terbitan Suhan Movies Trading.

*promote, haha

21 sept, 12.09pm correction : cinta elysa pukul 9 daaa. salah info, haha farah sengal gila. kesinambungan slot akasia akan diteruskan lagi dengan drama soffiya. tengok iklan macam best, lakonan mantap tiz zaqyah, fizo omar, azhar sulaiman dan izara aisyah. mula hari ini ok tuan dan puan, 21 september. jom sama sama duduk bertapa depan tv :)

wanita


RT najwanasir :)

"Kecantikannya bukan untuk dikagumi, ia hanya untuk seorang yang telah halal baginya,Ia Indah kerana tertutup, Ia indah kerana terjaga, Ia indah kerana tak tersingkap, Akan tetap menjadi rahasia langit, itulah percikan syurga, cara terindah untuk menikmatinya adalah dengan menikah. Wahai wanita, bantu Kami dengan menutup auaratmu,sesempurna mungkin. Atas Nama Cinta, untuk keberkahan di masa depanmu, karena engkau memenangkan Allah diatas keinginan hatimu. "
� Yus Ibnu Yasin

Monday 19 September 2011

movie : hantu bonceng


first of all, thanks to 'uncle su' tercinta sebab sudi mengeluarkan duit sepenuhnya untuk anak anak buah tercinta, we love you <3

update pun tak seberapa. tak sempat nak review final destination 5 hari tu. malas actually, hehe tapi cerita tu memang scary. lagi lagi tengok bersama pari pari yang suka menjerit jerit termasuk aku, haiyaa

pasal hantu bonceng? cerita ni memang best. filem seram yang tak berapa nak seram lakonan zizan yang kelakar gila. siapa yang rasa rasa dia tengah tension boleh la luang kan masa nak tengok cerita ni. gelak sakan macam adik aku. tak cover punya. dia boleh geng dengan sorang uncle cina yang bersama sama menonton wayang bersama kami. *ayat nak skema, hee* gelak kuat gila. dalam cinema ni memang tak ramai orang. boleh kira berapa orang yang datang. lagi pun, cerita hantu bonceng ni dah agak lama ditayangkan. just kitorang yang agak kelembapan menonton.

kesimpulan ; cerita ni memang best. selamat menonton :)

Wednesday 14 September 2011

sudah tak tertahan air mata

ya Allah, terangi lah hati aku ni seperti mana kau menerangi alam semesta ini.

aku tahu aku kuat, aku tahu aku boleh buat. tapi takde kudrat. aku hanya mampu melihat, memerhati tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun dari mulut. tak tahu nak mula dari mana. terasa sungguh bodoh diri ni kerana memang sedia bodoh dan diperbodohkan.

aku percaya setiap benda atau perkara yang berlaku ada hikmahnya. sekarang bukan masa untuk menunding jari menyalahkan satu pihak atau pihak yang lain. benda dah lama mula, bila dan bagaimana hanya pihak tu yang tahu. macam macam cerita. cuma kita tak tahu sekarang penghujungnya bagaimana, yang pasti walau bagaimanapun akhirannya, sedih dan duka itu adalah jawapan bagi setiap persoalan. terguris, terhiris, berdarah hanya kita sahaja yang tahu.

tak tahu mana silap. macam macam usaha tapi masih dipersalahkan dan dipersoalkan. tak cukup bagus ke? apa lagi tak puas hati? macam macam soalan boleh diajukan. tapi ikhlas ke jawapan keluar dari mulut pesalah atau orang yang dipersalahkan. boleh diterima pakai? boleh diterima minda? boleh diterima oleh hati yang suci yang dikurnia tuhan ni? tertipu dan ditipu, itu yang pasti.

terima kasih kepada insan yang sentiasa ada disisi. terima kasih juga kepada insan yang sentiasa menghargai. terima kasih juga pada insan yang membela diri. terima kasih banyak banyak untuk air mata dari seorang insani yang sangat sangat disayangi. tak tertanggung rasa hati melihat dirinya sekarang ni.

ya Allah, hanya kepada mu ku meminta dan kepadamu ku mohon petunjuk. amin~


hanya kasih yang dipinta,
noktah.

blog preview

follower ke 100

wewiiit, follower dah sampai 100 woahhh. bangga sebentar, haha thanks to jejaka yang mendapat tempat ke 100 dalam list blog ni. aku rasa jejaka ini kenalan pari pari tersayang. tapi tah laa, sila jawab encik kaizen :)

ok, sebenar nya bilangan follower tak menggugat aku untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni macam blog ini, blog lama aku yang sudah terkubur bersama kenangan. cewwaahhh, haha just hargai usaha penat penat lelah nak follow kan, kena la hargai. terima kasih banyak banyak sebab sudi buang masa dengan aku. sayang korang semua :)

Saturday 10 September 2011

diam di kediaman

tajuk RT zahiriladzim ; lelaki kacak, blog yang bersastera, best.



dah 4 bulan and almost 5 month aku jadi penggangur yang berjaya. kehendak diri sendiri? yang pasti takde usaha takde hasil. kan? kan?

rezeki ada kat mana mana. dukacita peluang nak sambung ijazah takde, next time maybe. kerja? kan best kalau boleh jadi blogger terkenal, duduk rumah je perah otak nak buat post gempak  dah boleh dapat duit ihsan dari nuffnang or apa apa lagi, jadi blogger sepenuh masa. jimat masa, memudahkan kerja, dalam masa yang sama dapat elakkan kesesakan lalu lintas. demand! haha ok back to main, tak boleh nak kerja sebab banyak halangan, kena jaga abah salah satu reason. bukan tak dapat kerja, dapat je pun. just kena berkorban sementara, hmm

rutin harian ; buat kerja rumah, membasuh, melipat, mencuci, memasak, tengok tv, tidur, online. seminggu sekali or maybe twice a week bawa abah pergi checkup and fesioterapi dan akan berlanjutan sampai tempoh fesioterapi habis dalam 4 or 5 bulan lagi.

aku bersyukur dilahirkan dalam family yang tercinta ni. semoga semua kembali normal, abah sihat seperti biasa dan ya allah, kuatkan lah hamba mu ini, amin.

love,
farahnasir <3