Saturday 29 October 2011

himpunan keluarga PARIMBUNIS

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu.

PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.



JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya.

sumber, UTUSAN.
...................................................................................................................................

PARIMBUNIS tu benda apa? singkatan daripada nama anak-anak Raja Ali dan Raja Chik ; Fajar, Rimbun, Isamil dan Masrobiah.

ada jugak keratan dari kosmo, tapi cari dalam kosmo online tak jumpa plak. dalam kosmo cakap 500 orang, dalam utusan 200 orang. tah laa mana yang betul, yang pasti ramai.

btw, aku pergi perjumpaan ni dengan atok and family pari-pari, beloved kezen aku. gambar-gambar kat bawah ni pun aku kidnap dari blog kezen aku fydadeon. for your info, aku memang suka kidnap gambar dari dia. weee, i loike :)

cari la aku kalau jumpa yeah. bubye uolssss.



Thursday 27 October 2011

kasih diterima 'berfikir sejenak'

bagi sesiapa yang terasa apa yang ditulis dan tertulis percaya lah bukan untuk kau seorang.
tu kau harus paham.
benda ni meluas, macam yang aku cakap banyak tersurat dan tersirat.
untuk kau, untuk si dia, untuk mereka dan untuk sesiapa sahaja 
dan yang paling penting, untuk diri aku sendiri.

sayang selalu <3
 

Wednesday 26 October 2011

berfikir sejenak.


kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat luka kan hati seseorang. percakapan, perbuatan, macam-macam.

kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat dah melebihi apa yang patut.

kadang-kadang kita terkejar-kejar apa yang diingini tapi tak bersyukur dengan apa yang sedia ada.

kadang-kadang kita mengharapkan yang dulu, sangat berharap. 'dulu' , banyak maksud tersirat, tersurat. rindu.

kadang-kadang kita terlalu bangga dengan apa yang kita miliki.

kadang-kadang kita suka tipu diri sendiri untuk senangkan hati semua orang.

kadang-kadang kita suka jadi diri orang lain daripada jadi diri sendiri.

kadang-kadang aku rasa aku berada kat bawah, walaupun tempat aku sebenarnya kat atas daripada korang. hormat dah jadi nombor dua.

inginkan perubahan tapi takde usaha, macam mana tu?

paham, tapi buat-buat tak paham. tak suka tapi buat juga. perubahan yang turut mengubah diri aku.

tak tahu apa yang orang rasa, kita hanya meminta. aku rasa apa yang kau rasa. dulu aku macam tu juga. tapi ada had nya. tanya la dulu dengan rasa hormat, jangan buat orang terasa. ada, terima. tak ada? sabar laa. bagi sikit masa.

dulu buat apa yang kau suka, guna apa yang tak patut guna, sekarang baru nampak kesan nya. amik, rasakan.

rasa hormat masih tinggi, jangan risau.

*apa yang aku rasa. aku banyak membaca, banyak sangat. baik buruk aku dan segelintir orang je yang tahu. aku nak yang terbaik dalam hidup. untuk perkongsian bersama. mungkin korang pun rasa macam yang aku rasa.

Sunday 23 October 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


assalamualikum uolss.

apa ni? random giveaway dari blogger Penmerah. banyak woah hadiah hadiah yang menarik, tergoda i yooo. mana tau kot2 dapat hadiah Mp3 Sony free ke kan. sape yang tak nak. korang nak? blog baru ni aku jarang join contest. dalam erti kata lain, tak pernah pun, hee ni first time. kot kot luck aku ke kan, amin~

dengan alasan aku jarang update blog so aku pun di tag oleh gadis yang gila merah jugak, fyda deon.

nah korang, sila la lapang kan buat tagged ni okeyh. cik anem, najwa nasir and wanie nasir.

update bukan sebab paksaan tapi kerelaan. semoga nasib menyebelahi saya :)

Friday 21 October 2011

update ringkas



rasa macam dah lama tak berada dalam laman sosial.
update terus dari webbie.
menunggu nak balik kampung tercinta. muar, johore.
esok ada gathering family kat melaka.
pakaian : merah <3

have a safe journey farah nasir :)

Friday 14 October 2011

no word to describe

mood : deactive buat sementara.

pagi pagi dah keluar rumah hari ini. hantar adik2 pegi sekolah. then hantar mama pegi kerja. ingat kan after that nak pegi klinik tapi tak jadi so singgah TNB Jinjang ada hal nak settle. btw, hari ni orang lain drive macam nak cepat sangat je sampai jat destinasi. mana tak nya, dua kali kereta aku kena langgar dengan motor. buduh gila sengal.

first kat gombak, motor tu himpit kiri hentam aku punya side mirror sampai tertutup la side mirror tu. so berenti kereta jap betul kan apa yang patot, haishh kurang sopan anda yeah.

second kat sentul. ni lagi kelakar, bai roti. macam yang korang tau la motor dorang dilengkapi dengan box untuk isi segala roti2, kaya or watever harta karun untuk dijual. boleh plak dia langgar, geser box dia tu dengan kereta gua. bikin hot la kau ni bai. nasib tak terabur roti2 kau tu. tak pasal2 kena tolong kutip nanti, hee buat kerja amal tengah2 jalan. ada la calar sikit tapi dimaafkan.

aku rasa aku dah bawa kereta cukup sopan santun, haha macam2 kan. hari yang penuh kegilaan. fuhhh :DD

Monday 10 October 2011

double wedding

salam uolss.

dari selayang ke kuala kubu rasa macam jauh yang teramat sangat. padahal dah selalu ikot jalan tu nak balik rumah sewa dulu. dah lama tak lalu situ, tu yang rasa macam jauh je kan. lagi pun angah laki ayah kepada fyda deon n edora deon salah jalan, eh2 silap. ikot jalan jauh, hee short cut ada long cut jugak yang dia pilih ^_^

actually, aku ingat ni wedding kak ain, sekali silap orang daa. ada dua pengantin ok. imagine pari-pari kawen sekali, 4 dalam 1, awww gatai naa, HAHA btw, enjoy the wedding with pari - pari yang tersayang <3




sumber : kidnap dari dida <3

correction, bukan gambar pengantin tapi gambar ktorang. hua hua hua, hodoh tak gelak? hee enjoy :)