Saturday 31 December 2011

shoutmix telah tamatkan perkhimatan percuma.

i dah tukar CBOX baru. uolss bila lagi?
sape sape yang nak bayar untuk shoutmix tu boleh la terus kan.


klik pada gambar untuk web cbox :)


Friday 30 December 2011

END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla

salam semua.

hari ni 30hb December, means? lagi 2 hari je MEGA GIVEAWAY ditutup. last minit join, tengah blogwalking tergoda dengan giveaway ni. so lets rock, mana tau ada luck ke kan :)

yang pasti hadiah dari sponser banyak gila, check this


TAG kawan kawan tersayang


  1. Follow blog CA dulu DONE!
  2. Buat entry END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla DONE!
  3. Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini DONE!
  4. Tag 3 orang blogger.Make sure diorang tahu about this Giveaway DONE!
  5. Like fan page CA DONE!
  6. Wajib tinggalkan link entry korang di ruang komen DONE!
  7. Copy senarai sponsor dalam entry uolls and LIKE for pages or FOLLOW for blog DONE!

senarai sponsor ( ada 30 kesemuanya ) :



Thursday 29 December 2011

sedarlah wanita

kesah pasangan couple dan cinta sebelum nikah…iktibar

budaya taqrabu zina

“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?. “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”. Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.

Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung
tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi telanjang terus
(cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).
Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab
nak buat kenangan.

2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.’Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami
I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.

Si teman lelaki “……………….“.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si temanlelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut”..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi.
4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak
dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!.
Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam
kau!.”..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan.

Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil
anak bf I. Tapi dia dah lari.”…Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.” Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar.
Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia
pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke
dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.

Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan.
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian
menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.

Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai
isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita
itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai
selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH
DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.
Sedarlah wanita.
Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?.
Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?.
Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?.
Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?.
Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?.
Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. “Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri”. Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi
segala2nya!.
Wanita!.
Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.
“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan(apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan.” (Fathir, 37)

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?.
Takut Allah tidak menerimamu?.
Dosamu banyak?
Lebih banyak daripada air di lautan?
Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu,necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam,seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu,Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut.”

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan… RT & Share untuk tatapan dan renungan bersama..

note : 100% copy paste dari blog Liyana Lunia.


Wednesday 28 December 2011

Menara taming sari Melaka

First revolving ‘Gyro Tower’ in Malaysia, The Malaysia Book Of Records.





semalam ikut paksu hantar atok balik kampong iaitu kat Muar, Johor. drop diorang then lepas maghrib gerak balik. paksu ajak pekena asam pedas Hajah Mona kat Bandar Hilir then lepak kat MenaraTaming Sari katanya. memang terbaik la asam pedas dia, pedas kaw punya. orang cakap rugi datang Melaka tak serbu kedai masakan asam pedas, orang cakap la kan, hehe. pelanggan  kedai tu memang super duper ramai. ada yang kena berdiri nak cari meja kosong. kayo Hajah Mona macam ni, hee air the limau dengan fresh orange. 2 pinggan nasi kosong siap dengan timun dan telur masin, 2 pinggan asam padas ikan pari, kalian ikan masin, telur dadar, nasi tambah lagi. total baru rm23+ ok kan?

saja nak update pasal Menara Taming Sari ini. first experience la katakan. harga untuk orang dewasa rm15, kanak kanak rm10. beratur memang panjang sebab ramai sangat orang. tapi sekali masuk boleh memuatkan seramai 66 orang dalam satu masa. best, sebab kita boleh lihat pemandangan Bandar Melaka. berpusing pusing kat puncak so kita boleh tengok semua tempat. agak gayat tapi keseronokan tetap ada.

menara Taming Sari satu satunya manara berputar dibina di Malaysia. rekabentuk menara ini diambil sempena keris lagenda, Taming Sari yang digunakan oleh pahlawan melayu tersohor, Hang Tuah.   


Tuesday 27 December 2011

happy birthday twins mama

#mama ani dan mama ana, 44.



twins mothers yang tercinta. kasih sayang sampai bila bila. semoga kalian bahagia dan dapat apa yang dihajati. im proud having a twins mother like both of you. nice, kind, pretty, gorgeous. semoga panjang umur dan diberkati olehnya. ILOVEYOU mama <3


#6 relationship

December, with love.

iloveyou, i love December very much. 
because you with me :)


Friday 23 December 2011

#5 relationship : selamat hari lahir sayang.

Ya allah, engkau muliakan dan sayangilah dirinya, berkatilah keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki untuknya, jauhkan dari fitnah dan hasat dengki, penganiyaan, penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alasan, makbulkan doa serta cita citanya yang murni, semoga ibadahnya menjadi penebus dosa lalu, AMIN!




#azaruddin rahim, 21.

selamat hari lahir, semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dengan cinta iaitu saya, hee terima kasih untuk hari ini, semalam, hari hari sebelumnya dan untuk selama lamanya. untuk warna warna cinta yang warna warni ni juga. saya sayang awak tau.

#3 Campaign Assignment : churpchurp

ok, churpchurp dah banyak sangat bagi assigment.
aku baca, hentam then submit.
agak menarik dan tertarik :)

rewards : ada laa belas2 hinggit, haha bai <3

Friday 16 December 2011

di sebalik tabir

nak berlari, melarikan diri dan sewaktu dengan nya.

apa aku merepek ni? hehe sedih tapi jangan tunjuk kan kesedihan tu. marah tapi jangan tunjukkan kemarahan tu. yang kita perlu buat? senyum. macam yang aku selalu buat. orang tak tau pun aku suka ke, marah ke, sedih ke. aku pasti semua tu.

tak larat nak cakap, tak larat nak luah. ada segelintir yang paham ada juga yang buat-buat paham. yang pasti aku sorang je yang tau.

ada yang sudah mula berbicara masalah kita, masalah kain sendiri, orang luar yang disayangi. orang luar yang kini takde hubungan apa-apa dah. kenapa dorang yang nampak? kenapa bukan korang yang paham aku?

buang la ego, jangan pentingkan diri, jangan kurang ajar, jangan tinggikan suara, hormat dah kemana.

layanlah aku seperti mana sepatutnya, bercakap dengan aku seperti mana sepatutnya, hormatlah aku seperti mana sepatutnya.

aku lihat diri sendiri, dimana aku sekarang. aku diam dan bersyukur. syukur lagi. syukurnya aku atas setiap perkara yang aku terima sampai ke hari ini. lebih daripada perkataan syukur. syukur aku bukan sekadar menyatakan syukur dalam blog aku ni.

tak siapa tahu disebalik sebuah senyuman tersimpan sebuah kisah yang tak terungkap dengan kata-kata.

aku kan kakak, salam sayang.

Tuesday 13 December 2011

#2 Campaign Assignment : churpchurp

hari ini hari ke-6 aku join churpchurp. counting the days tu, haha semalam aku dapat campaign dari churpchurp pasal produa tweckbot dan hari ni plak aku dapat campaign pasal gila internet sale ihsan dari DIGI.


macam older post, aku tak paham sangat pasal churpchurp ni. champaign yang dorang bagi macam ni dapat reward ke kalau hantar draft tu? aku main buat je pun. ada sape2 boleh terang kan tak? hee

kita tunggu reward sebulan okeyh. tak sabar :) churpchurp <3

Monday 12 December 2011

#1 Campaign Assignment : churpchurp

hari ni hari ke 5 aku join churpchurp dan aku puas hati gak la dengan churpchurp ni. hari ini gak aku dapat assignment pertama dari churpchurp dan aku merajinkan diri buat draft pasal assignment churpchurp ni.

macam biasa setiap kali aku online aku akan check email dan ni salah satu email yang aku terima dari churpchurp.


untuk percubaan pertama ni aku merepek je pong, hehe so tunggu je la churpchurp nak publish ke tak kat twitter aku. ye kot, tah la.

apa tu churp-churp? aku rasa aku dah ketinggalan bab cari duit dengan churpchurp ni. orang lain dah baratus-ratus, ribu-ribu aku baru bape hinggit. alhamdulillah dalam masa beberapa hari 'sen-sen' naik dengan cepat. so makin excited nak publish iklan walaupun nampak bersepah kat facebook dengan twitter aku.

aku ni jenis kemas sikit, cewaaah. kat facebook tu kalau boleh tak mau ada spoiler. sbb banyak mata melihat kan. tak mau iklan2 ni sebab buat profile aku jadi tak lawa. disebabkan tengah buat kajian pasal churpchurp ni so aku biarkan je and sekarang lantak laa kau. sepah pun sepah laa. iklan churpchurp je pong.

aku ingat nak buat experiment je dalam masa seminggu berapa aku boleh dapat dengan kerajinan yang tak seberapa ni kan. tapi so far ok, aku puas hati. so akan diteruskan sampai berangka-angka, haha kalau boleh la kan. sape tak nak duit free kan. berebut rebut semua.

cuma perlukan kerjasama dari kawan-kawan facebook dan twitter untuk klik and aku boleh dapat kan reward lebih sikit untuk churpchurp aku ni. aku tak reti sangat. new user la katakan. orang buat aku nak buat jugak churpchurp ni.

yang aku tau share iklan churpchurp ni, then ada reward. macam iklan dari sini, sini, dan sini. more info boleh la pegi kat churpchurp ni. ada tak yang baik hati boleh hulur kan bantuan. ajar la aku eh cara nak guna churpchurp ni, hee bagi ilmu kat orang dapat pahala woahh. sape nak? hehe

tapi kat blog aku stay lagi dengan nuffnang. mana boleh tinggalkan nuffnang sebab churpchurp ni kan. dua2 sama je, takde beza pun. aku rasa dorang adik beradik kot, hee kat facebook dengan twitter je aku aktif dengan churpchurp. and aku tak arif mana pun. ada, ada la kan. takde nak buat macam mana kan. redho je, hehe. 

before join churpchurp ni aku adalah gak search kat google. ada blogger yang dapat reward superbbb punya best dari churpchurp. yang sebalik nya pun ada gak. benda2 macam ni depends on someone effort. ada usaha ada reward. kan kan? churpchurp <3

dulu yela ber blogging sebab isi masa lapang, minat, saja-saja. tapi sekarang majoriti sebab duit hasil online. tapi aku sebab dua2, hee tak salah kan. betul tak? :DD

Tuesday 6 December 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


ehem ehem, another post pasal giveaway yang aku join, setakat ni baru 2 kali tapi first takde luck. hope kali ni luck milik aku :)

giveaway superbb punya best, tergoda aku. tergugat iman. 77 ultimate year giveaway dari blogger yang femes ni, banyak kan? ni sponsors untuk giveaway ni, memang terbaikk. 


1st step, buat entry. DONE!

2nd step, letak banner giveaway yang awesome. DONE!

3rd step, letak link sponsors dalam entry. DONE!

4rd step, buat blog list, like fan page. DONE!

5ft step, promote entry. hee on the way :)

6th step, LIKE dan TWEET. DONE!

7th step, ikut syarat-syarat. rasa macam DONE jugak kutt :)

aku harap kan luck je.
ada rezeki tak kemana kan. iloveyou!

empat hari RM4 juta, superbbb!

aku antara penyumbang daripada RM 4 juta tu bersama kekasih tercinta. aku tengok masa hari ke-3. tu pun panggung full gilaa. walaupun dah lambat aku nak update gak tapi tak payah la nak cerita sinopsis or segala bagai sebab aku tau semua orang dah tau pasal cerita ni kan.

excited kuttt nak pegi tengok ombak rindu ni. first aku pegi jusco kepong tapi takde show dia then kitorang lari kat brem mall kepong jugak. ada tapi seat 2nd line dari depan. amik kau, lenguh tengkuk babe, haha

aku tengok timeline kat twitter, facebook, ada yang kritik tak puas hati tapi lagi ramai yang bagi pujian. ada yang cakap tak sama dengan novel ombak rindu yang best tu, banyak pulak komen korang eh. ada yang menangis, ada yang suruh bawa tisu. macam-macam la respond daripada semua orang.

hasil daripada apa yang aku dah lihat, memang superbbb! kusyuk siot tengok ombak rindu ni. lagi-lagi tengok watak Haris yang di lakonkan oleh Aaron Aziz tu. barisan pelakon yang mantap Maya Karin, Lisa Surihani membawakan hasil yang terbaik. bagi sape-sape yang tak tengok lagi tu pegi la tengok kan diri tu, hee background tempat lakonan dijalankan pun menarik, sejuk mata memandang, hijau. cerita hasil adaptasi dari novel ombak rindu ni takde la ikot sangat, tapi best laa. ni komen dari aku :)

tahniah kepada pengarah Osman Ali kerana mencatat kutipan yang membanggakan. RM4 juta kuttt, kayooo hang. mainan emosi dan air mata bagi kaki wayang yang aku rasa semua yang tengok tu adalah pembaca novel ombak rindu karya Fauziah Ashari.


..........................................................................................................................

btw, saya happy sebab awak ada dengan saya walaupun 2 hari dalam masa beberapa bulan. 
sayang selalu :)