Friday 9 March 2012

konvokesyen day :)

malas nak cerita, jom usha gambar XD.














Thursday 8 March 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com


yeahhh, another giveaway by famous blogger. klik banner kalau nak join GA ni :)

sebenarnya aku dah lama tak update, buat draft je tapi tak post post. tengok je penmerah buat giveaway terus rajin kan diri, muahahaha

tag : fatin , najwa , fyda :)

syarat :

1. Buat entri ‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’ DONE!
2. Likes Fanpages Penmerah.com DONE!
3. Copy Banner dan Link kan ke Entri GA Penmerah.com.DONE!
4. Tag 3 orang kawan DONE!
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye! DONE!
sponsor :
semoga tuah milik saya,
hope so XD
farahnasirr




sekitar majlis raptai konvokesyen.



pagi pagi dah kena gerak bangun sebab kena sampai kat sana sebelum 8.15 pagi. aku gerak dari KL 6.45 pagi bersama driver tercinta, kekasih hati. kawan kawan yang lain semua dah ada kat sana sebab dorang lepak sewa rumah, hotel, rumah pakcik makcik pape je lagi laa.

sebenarnya takde la excited benor nak pergi raptai tu. nak jumpa kawan kawan. borak borak sampai penat dah bercakap. tak tau nak dengar yang mana satu. lama tak jumpa konon nyaa.

dapat jubah konvo saiz M yang besar gedabakkk woahh. tapi last last aku tukar dengan kekasih hati sebab dia dapat saiz S, hehe iloveyou la sayang.  lagi pun dia konvo sesi petang. tak salah kan. terasa diriku sangat comel berjubah konvo. errrr, hahaha nak iron baju tu punya la berat, sampai lenguh tangan ni haa.

then balik, tak sempat nak lepak dengan classmate sebab semua macam busy jeww.

aktiviti malam? lepak extreme park shah alam dengan kekasih, housemate dan yang lain lain.


sinopsis 3 tahun bergelar pelajar


untuk yang kesekian kali nya, dan akhirnya. grad jugak aku, I AM A DIPLOMA HOLDER. ohhyeeaahhh!!

3 tahun bertukus lumus belajar dengan result yang boleh tahan bagus, alhamdulillah. habis belajar bulan 4 2011, bulan 3 2012 next year nya baru konvo. amik masa yang lama nak tunggu tuu. orang lain dah konvo, ktorang baru excited dan merasai nya. lantak laa, hehe

belajar, kelas, bengkel, lecturer.

so far ok laa. belajar dalam suasana yang agak best sebab dapat kawan kawan dan lecturer yang agak best. benda benda ni main peranan besar kott. cuba dapat lecturer yang bosan, syok sendiri. mau korang belajar dengan syiokkk nya? tak kannnn. nak pergi kelas pun jadi malas. pastu dapat plak classmate jenis ponteng kelas, tidur sebelah kau, cakap memanjang. lagi la double triple tak best kan. nasib baik partner aku yang dah macam kembar siam yang tak seiras ni superbbb, layannn. berdua lebih baik.

kawan-kawan

kalau kat kelas kawan aku sorang je, muahahaha. anis syafiqah abdul jalil nama nya. kehulu kehilir memang dengan dia je. lecturer pun pelik kalau tiba tiba nampak aku jalan dengan orang lain atau dia jalan dengan orang lain. ok? boleh imagine? kalau group assignment kena buat dalam 3 4 orang, kita orang dengan keras hati nya akan buat berdua je. jangan nak pelik sangat k. kita orang yang tak nak kawan dengan orang lain? atau orang lain tak nak kawan dengan kita orang? hee kawan je cuma dalam kelas. kalau rumah sewa plak, budak kelas semua satu rumah. tapi kita orang berdua rumah lain. kenapa? kenapa? haa imagine cepat.

classmate semua ok. biasa lah amik kos engineering, peratus lelaki memang lagi ramai dari perempuan kan. so, kawan aku lagi ramai lelaki. bukan apa, senang buat kerja dengan dorang sebenar nya. tak banyak songeh. perempuan pun ok tapi rumah dorang jauh dari rumah aku, so lelaki pun lelaki la yeahh. attention :  bukan puji kaum adam yeah, tolong la paham.

housemate aku adalah paling superbbb. budak mekatronik yang gebu dan tak berapa nak ganas. korang memang best lah.

sukan

aku minat softball, anis minat softball, anem pun minat softball. jadi kami adalah pemain softball yang berjaya. cewaahhhh, haha berjemur, terik panas, hitam legam. semua dah tempuh. belang kottt muka. tapi hasil yang kami dapat memuaskan. segan nak keluar, so duduk rumah je lepas training. nasib baik kekasih hati tak kisah.

aku akui melalui sukan dapat kenal dengan ramai orang. jadi, bukan sebab hot ok. siapa yang takde kawan tu, pergi la join apa apa aktiviti, confirm berlambak kawan korang dapat nanti. good tips kan? haha kalau kat facebook tu memang berlambak tapi semua kawan alam maya, buat pe yerkk.

jodoh

erk, hehe actually tak tau lagi dia jodoh aku atau tak. kita hanya merancang tuhan yang tentukan. bersama sama doa dan usaha cari duit, boleh cepat kawennnn. kan syg kan? muahahahaha

*being a student is the best moment in life. macam macam yang dapat belajar, dapat rasa, semua laa. majulah POLITEKNIK untuk Negara. jangan pandang POLITEKNIK sebelah mata. dimana ada usaha disitu ada kejayaan. tak kisah la kat mana mana pun yang kita kena campak, kita yang corak langkah seterusnya.

*btw, aku dah dapat kerja, suka sukaaaa. dekat tokio marine, sebagai apa? biar la rahsia. aku nak SPNB tapi dia tak call pun lagi. sedih! mama cakap kerja dulu kat tokio. nanti dah dapat call baru buat surat resign. nanti karang yang di kendong tak dapat, yang di kejar berciciran. tak mau tak mau tak mau.


Saturday 3 March 2012

filem : gelak sakan tengok adnan sempit 2



filem adnan sempit 2 lakonan daripada barisan pelakon yang mantap, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham memang gelak satu panggung.

tak payah cerita, aku tau ramai yang dah tau dan dah tengok kan cerita ni.

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.


filem wajib tengok 2012, tak rugi pong. Dimana ada Highway, Disitu Ada Tol” superbb punya tagline. i loikeee :)


seharian lepak kat hospital sg buloh, one utama, ikea, selayang mall, dan wangsa walk.

waa, bahagi kan badan pada 5 bahagian, bertukarrr. hehe

pagi

bangun pagi2 pukul 8.30 gerak pegi hospital sg buloh settle kan hal perkeso abah. nasib baik ofis tutup kalau tak mesti berpanjangan sampai petang, musnah plak aku untuk keluar bercinta, muahaha

tengahari

sampai rumah terus keluar lagi. superhero aku drive datang dari Sungai Petani terus amik aku bawa keluar pergi one utama. plan nak cari barang2 konvo, baju, kasut dan sewaktu dengannya.

dah round2 satu one utama, cek tiket wayang, lepak tengok adnan sempit yang superb punya kelakar.

petang

yeahh, ikea time. makan meat ball, sedappp. thanks sayanggg.

malam

lepas maghrib keluar balik, pegi selayang mall. dekat one utama banyak kedai tapi semua kasut aku tak berkenan. so, gigih kan keluar mencari. selayang mall jugak pilihan hati, hee superhero aku belanja mama dengan abah sate kajangg bawak balik rumah, ye kot.

hantar sate, then keluar balik nun sampai wangsa walk. karoke time! with my superhero, my sisters nekwa with his boiprendd and cik kecik acik.