Sunday 28 October 2012

permohanan diterima

'saya bersetuju memilih kursus ni disebabkan saya takut jikalau saya menolak pilihan ini kemungkinan peluang untuk saya masuk ke universiti adalah tipis...'

itu adalah antara ayat-ayat manis yang aku karangkan.

dulu aku percaya, bahawa itu adalah rezeki aku. teruskan sahaja tak perlu bazir masa dan tenaga. seminggu? dua minggu? mungkin sebulan lamanya ambil masa untuk proses ini. berjaya atau tak itu lain cerita. tapi kesudahannya? aku nekad ingin mencuba.

sebenarnya aku dah buat persiapan untuk benda-benda ini. memang aku dah cakap kat dalam hati sanubari ni yang itu mungkin masa depan aku, tapi dalam masa yang sama aku dilema dengan keputusan aku sendiri, keliru.

kejayaan tu tak datang bergolek melainkan kita golek sama-sama dengan usaha, err perumpamaan apakah ini?

berjaya atas usaha sendiri

more than one month, penantian suatu penyeksaan, cewahhhh.

sekian lama baru nak bagi tau korang berita gembira ni, proses pertukaran kursus dan fakulti aku DITERIMA! alhamdulillah, now I'm engineering student, bukan business, bukan enterpreneurship and what so ever.

bila kita nekad on something, kita mesti usaha sampai dapat apa yang kita nak. nak tips? nanti aku share okay.