Monday 27 February 2012

kalau laaaa.

kalau la aku tak jadi bibik .

ingat senang ke nak jadi bibik macam aku? maid tanpa gaji okeyh. belum tentu korang boleh tahan. gerak bangun pagi pagi hantar adik adik pegi sekolah, basuh kain, jemur kain, lipat kain, sapu sampah kemas rumah, masak. dah macam suri rumah sepenuh masa pun ada aku ni tau tak.

kalau la aku dah bekerja.

mesti duit aku dah tinggi macam gunung, hahaha dan boleh beli iphone 4s tak pun macbook ke kan *berangan* dan korang mesti jeles. haa, tak suka duduk rumah, takde sen, takde feeling. apa pun tak boleh.

kalau la aku sambung belajar.

mesti abang abang hensem kat unibersiti baru aku tu nak ngorat aku, haha tak pun aku yang ngorat dorang. kekasih pujaan hati aku mesti jeles tahap maximum. tapi jangan risau, tu kalau je ok. tak buat punya sayang :) duit pun mesti banyak. duit pinjaman sekali dengan duit bulanan dari mama. waa, masyukkk.

kalau la facebook tutup.

facebook ni dah jadi macam aktiviti harian aku kat rumah disebabkan aku ni adalah seorang penggangur aka bibik yang berjaya. disebabkan facebook kita dapat ramai kawan, dapat knowledge serta merta. kira macam news tersebar dengan cepat la kan. tak payah tengok berita pun takpe. budak kecik pun dah pandai main facebook okeyh. dan yang paling tak best sekali, gaduh dengan kekasih. err, paling tak suka. sorry to say, benda ni la yang selalu terjadi kat aku. nak elak, kena gak. dushhh

ni adalah antara yang aku nak buat dan dah buat maybe.

akan datang? 

interview macam macam dah berjalan, hope aku dapat kerja dalam masa terdekat  ni. mana yang ada aku rembat, rezeki nama nya kan. duduk rumah lama lama adalah pengalaman yang paling ngeri dan membosankan. wish me luck, amin~


Wednesday 22 February 2012

dua dua kosong dua, hanya kau.

aku nak jadi bulan,
aku nak kau jadi matahari,
kerana cahaya matahari memberi sinaran kepada cahaya bulan.

tapi,
aku juga nak kau jadi bulan,
aku nak jadi bintang yang bergemelapan,
sebab bintang mengelilingi bulan,
sebab bulan dan bintang selalu bersama.

aku nak kau,
itu yang tersurat dan tersirat.

kisah ini kita yang cipta,
berhari,
berminggu,
berbulan,
dan hari ini genap setahun umurnya.

hari ini,
walaupun hidung tersumbat,
tekak perit,
bernafas ikut mulut,
takpe aku redha,
ikhlas dari hati untuk kau.

nangis, sedih, suka dan duka,
bermain kata, mengoda, bermanja, memujuk, merajuk,
itu adalah lumrah.

banyak yang aku tak suka,
tapi lagi banyak yang aku suka,
suka sangat-sangat,
aku tau kau pun macam itu juga,
janganlah kau risau,
jujur dari hati,
apa yang aku tak suka makna nya tak suka,
walaupun buat buat suka,
masih juga tak suka.

ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, terlolong,
percayalah, semua disebabkan kasih dan cinta.

terima kasih untuk kasih,
terima kasih untuk duit yang kau labur kan,
terima kasih untuk masa,
terima kasih untuk percaya,
terima kasih untuk segalanya.

bukan harapan setinggi gunung,
hanya kesetiaan yang aku harapkan,
hanya yang terbaik,
aku sayang,
sayang teramat sayang,
aku jaga,
kau jaga,
sama-sama kita jaga,
yang tentukan hanya yang Esa.

aku sayang kau.

Thursday 16 February 2012

7 cara untuk memahami kata-kata wanita

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v




Sememangnya , wanita ni memang amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka untuk menyampaikan sesuatu secara terus-terang dan mereka inginkan seseorang lelaki faham akan dirinya . Yeah , that's right ! Jadi , setiap kata-kata seseorang wanita ni pasti ada rahsia yang tersembunyi di sebalik celahan-celahan giginya . Yucks ! haha . Eh betul apa ?! Apa makna disebalik setiap patah kata yang terkeluworr dari mulut wanita ini ? Jom teliti. 


(1) Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya , para wanita yang meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku . Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini , seharusnya lelaki perlu untuk memberikan ruang supaya mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian. hehh ~


(2) 5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap , korang korang yang lelaki ni perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam . haha . Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita , terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang . So , harap bersabar lah menunggu kami-kami ni bersiap ye , cik abang . HEE :)


(3) Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini , ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan . haha . So , lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya. Be gentle lah !


(4) Sukahatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila , ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu . Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka . Hati-hati lah ya !


(5) Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”


(6) Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini , ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda . Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian , mempunyai masa depan yang cerah , dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula. Ada paham ? hehe .


(7) Hmm .Dah agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali . Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda. Haa siapa suruh ulang kesalahan yang sama kan ? Hambekk ! haha :)


entry 100 percent copy paste : lyssafaizureen :)


Thursday 2 February 2012

video flashmob awesome sangat, love it.

hari tu aku digoda dengan official video Flashmob at KLIA yang superbb cool. sekarang ni again aku bertambah tergoda dengan video yang superbb awesome #mobbingpavilion.

menari di tempat yang betul betul ramai orang, Pavilion Shopping Centre. baju merah memang tarik perhatian ramai. sempoi, funky, cool.

mesti best kalau dapat tengok depan depan, hee flashmob superbb awesome!




Wednesday 1 February 2012

hye february, please be nice to me.


hari ini satu.
lagi duapuluhsatu nak jadi tigaratusenampuluh bersama.
you are my sunshine, my only sunshine.
i will love you even you are the 982 375 978 472 person on earth.
bunch of love