Wednesday, 27 July 2011

we are just around the corner, love love!

Assalamualaikum semua :)

NOW I PRESENT TO YOU ALL
.
.
.

#Pari-pari, where everything is handmade :)

#Pari-pari is a new online blog shop, everything is handmade by us.


#Pari-pari is also, create something that you the only one who used the stuff.

#We create something cute,unique,fasionable,trendy and prettaaayyy.

#Girlfriends and boyfriends are welcome to visit us.

#Girls grap our stuff for yourself, yeaahh everyone can be a fasionista right and guys do not miss our stuff just because you're 'guys', grap our lovely stuff for your special girlfriend, sisters or even your mom.

#Follower come on support us! Our first batch will be ready very soon.

#Be our first costemer and grap them fast or you'll regret it.

#Do support us by follow our blog and spread it out to all your friends and family.

#Share our blog on your facebook by copy paste this url -->> http://thepari-pari.blogspot.com

Sunday, 24 July 2011

sebulan enam hari

abah saya dah sihat :)

assalamualaikum uolss. berhabuk blog gua.

ehem  ehem, masuk hari ini dah sebulan enam hari aku bergelar nurse tanpa gaji. terbaik kan? meh nak ringkaskan dan sudahkan cerita aku dari hari tu sampai hari ni.

pengalaman tidur kat hospital, sejuk sampai ke tulang. macam duduk dalam peti ais pun ada. nasib baik hospital ada sediakan selimut yang berkualiti melalui radicare. tebal gilaa, boleh laa buat alas tidor tebal tebal. biasa nyer aku rotate rotate dengan mama. kadang kadang aku tidur atas kerusi, kadang kadang kat lantai. walaupun hanya sorang family yang boleh tunggu, ktorang buat keras je naik dua dua beranak sekali. haha gila otai.

macam macam perangai ada kat hospital tu. disebabkan aku stay kat bahagian NURO , bahagian otak la kan. so, agak takot sikit. yang terbaring koma, yang takde tempurung kepala, tiub sana sini, mesin bantuan oksigen, patient yang kena ikat, yang menjerit jerit, yang merepek cakap sorang sorang, yang baru sedar terus lari semua ada. perghh, memang dugaan. macam macam drama sedih, drama cinta, drama family semua ada. tak payah tengok tv. disebalik kesedihan aku bersyukur abah tak seteruk mereka.

alhamdulullah, so far so good. dah banyak perubahan kat abah. tapi masih dalam proses fesio terapi. ok tu je nak cerita pasal abah, hehe tak nak comment banyak banyak :)

disebalik sebulan enam hari ada 5 days yang sangat meaningfull. 5 days dia teman aku sampai abah balik, tolong jaga abah, tolong jadi driver, tolong makan tolong minum. walaupun sekejap tapi berharga. sweet, caring, thanks sayang, iloveyou <3

Monday, 27 June 2011

his getting better

abah responds, genggam tangan,
trying harder to speak walaupun kitorang tak paham :)

alhamdulillah..

Tuesday, 21 June 2011

hadiah hari bapa dari abah


Dear abah,

I hope u get well soon. I miss our talks, I miss our laughs, I miss our smile, I miss our fights,  and the truth is I miss you damn a lot! Akak doa abah sedar dan cepat sembuh. I love you abah.

Hari ni dah 4 hari abah tak tegur akak, tak tegur mama, tak tegur kak ngah, tak tegur kak cik, tak tegur najmi. Semua orang abah tak tegur. Bukan setakat tak tegur, senyum pun tak. Ya allah, aku rindu semua tu.

Hari ni gak dah 4 hari mama duduk tidur kat hospital. Nak jaga abah, nak tengok abah. Tak larat nak tengok mama nangis. Mama cuti sebab nak jaga abah. Nasib baik akak dengan kak ngah pun cuti gak. Boleh jaga abah sama sama. Adik adik akak boleh jaga, hantar and amik dorang balik sekolah. Abah rehat la dulu.

4 hari duduk sana, ramai sangat datang melawat. Abah dah macam artis. Femes gilaa! Hehe tapi abah tak nampak semua tu. Akak nak sampaikan je moga abah merasai apa yang kami rasa sekarang ni. Kawan kawan abah tak putus putus datang bagi support. Sampai orang hospital pun terkejut visitor paling ramai dorang pernah terima. Gempak kan? Kedatangan setiap daripada mereka diiringi doa. Semoga abah sembuh dan kembali seperti sediakala.

Abah nak tau, walaupun abah terbaring macam tu. Abah tetap hensem, kuat, tengok lah abah siapa kan. Walaupun muka abah ada luka luka, bengkak, ada kesan jahit, abah tetap dihati. Takde orang boleh lawan. Tapi akak lagi suka kalau abah ada sebelah kitorang. Senyum dan borak borak macam biasa. Makan sama sama, tidur sama sama, tengok tv sama sama. Rindu masakan sweet sour abah, nasi beriani abah terbaik. Akak tahu abah selalu marah marah, tapi abah sayang kan.

Abah pernah tanya kat maksu

Abah      : hari ni hari bapa ke?
Maksu   : tak la, hari ahad. Lagi dua hari.
Abah     : ohh, anak2 dah wish.

17hb jun
Akak     : abah, happy father day. I love you!
Abah    : T.q Luv u all 2.

Sweet tak? Hehe abah saya memang romentik kan. Walaupun reply ciput je. Akak wish sikit abah reply sikit la yeah? Suka balas dendam ni. Mama la ni ajar kan? hehe

Abah ingat tak pagi sebelum kemalangan tu? Kita sama sama having fun dekat sunway lagoon, i-city kan? Spend time together dari pagi sampai petang. Mula mula abah cakap nak balik sebab tak minat pun dengan benda benda macam ni. Tapi last last tukar gak baju.

Senamrobik, main air sama sama, semua permainan la kita gegar. Seronok, tapi mama penakut. Tarik pun dia still tak mau join. Tengok je, takut gigi palsu tercabut kata nyer, haha mama just ikut je. abah main gak tapi lebih banyak masa dengan mama. Paling sweet abah naik dinasour dengan najmi. Omaigod, abah dah la besar. Muat plak yeah bontot nak masuk. Lagi satu naik gelongsor air dangan kak ngah. Serius kelakar, dua dua tenggelam, muatan berat, hahaha Tercungap cugap naik balik, abah cakap kak ngah dia kelam kabut, penakut macam mama. Rileks sudaa, jangan kelam kabot angah.




Akak tak reti berenang tapi pandai menyelam. Hah? Macam mana tu? Hehe lumba berenang dengan kak cik, last last mesti nak grab abah, terpeluk la pe laa. Dalam air kot, tak perasan. Padahal ada pelampung punya lbesar. Ingat tak abah marah sebab tiba tiba kak ngah hilang pergi teman anak aunty mala main gelongsor? Then abah suruh kak chik cari dia sebab takde sama sama dengan kita. Marah tapi makne sebalik nyer? Sayang kan.






Sebelum balik kita rancang nak lepak i-city. Abah cakap kalau dah balik abah tak nak kuar lagi, malas. So, tunggu lepak kat kedai mamak makan dulu. Masa drive ke shah alam tu, akak perasan abah ngantok. Penat kan, semua orang penat. Tapi penat tu hilang bila sampai tempat bercahaya tu. Semoga abah diterangi seperti cahaya warna warni yang kita nampak malam tu. Amin.




Abah tau pe yang akak rasa masa dapat call bagi tahu abah excident tu? Speechless, tak tau nak cakap pe. Sampai akak ingat abah main main la kan. Guna  no phone abah tapi suara lain, agak pelik disitu. Gugur air mata macam air terjun. Kejut mama tapi tak tahu nak cakap pe. Takot.

Akak terima qada dan qadar. Benda berlaku sekelip mata, dalam satu hari. Ya allah, kuat kan lah semangat kami sekeluarga. Kami mohon agar abah cepat sedar, sembuh dah kembali seperti biasa. Amin~

Akak tak minta banyak, nak abah sedar dan sembuh je. Akak sentiasa doakan yang terbaik untuk abah. Akak tahu abah kuat kan. Salam sayang diiringi doa.

Lovely from,
Your daughter.

Petang ni nak jumpa abah,
Tak sabar tengok abah dah botak, baru lepas operate kan,
Semoga hari ni lebih baik dari semalam,
Dan esok lebih baik dari hari ini, amin.
abah bangunnn lah, we need u!





Thursday, 16 June 2011

nora elena episod akhir (part 2)

nora elena ada sambungan ke? nora elena 2? opss, bukan bukan, haha

older post tu semua tipu. silap silap. part elena mati tu. haishh, wrong info la uolss, haha btw, happy ending kan. suka sangat sangat. watak yvonne lakonan wan sharmila bagi kesan pada penonton. satu tepukan untuk dia sebab berjaya bawa watak tersebut dan buat orang tak suka dengan dia. hate yvonne!

i lebiu seth tan <3 but iloveyou more boifiee :)