Saturday, 29 October 2011

himpunan keluarga PARIMBUNIS

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu.

PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.



JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya.

sumber, UTUSAN.
...................................................................................................................................

PARIMBUNIS tu benda apa? singkatan daripada nama anak-anak Raja Ali dan Raja Chik ; Fajar, Rimbun, Isamil dan Masrobiah.

ada jugak keratan dari kosmo, tapi cari dalam kosmo online tak jumpa plak. dalam kosmo cakap 500 orang, dalam utusan 200 orang. tah laa mana yang betul, yang pasti ramai.

btw, aku pergi perjumpaan ni dengan atok and family pari-pari, beloved kezen aku. gambar-gambar kat bawah ni pun aku kidnap dari blog kezen aku fydadeon. for your info, aku memang suka kidnap gambar dari dia. weee, i loike :)

cari la aku kalau jumpa yeah. bubye uolssss.



Thursday, 27 October 2011

kasih diterima 'berfikir sejenak'

bagi sesiapa yang terasa apa yang ditulis dan tertulis percaya lah bukan untuk kau seorang.
tu kau harus paham.
benda ni meluas, macam yang aku cakap banyak tersurat dan tersirat.
untuk kau, untuk si dia, untuk mereka dan untuk sesiapa sahaja 
dan yang paling penting, untuk diri aku sendiri.

sayang selalu <3
 

Wednesday, 26 October 2011

berfikir sejenak.


kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat luka kan hati seseorang. percakapan, perbuatan, macam-macam.

kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat dah melebihi apa yang patut.

kadang-kadang kita terkejar-kejar apa yang diingini tapi tak bersyukur dengan apa yang sedia ada.

kadang-kadang kita mengharapkan yang dulu, sangat berharap. 'dulu' , banyak maksud tersirat, tersurat. rindu.

kadang-kadang kita terlalu bangga dengan apa yang kita miliki.

kadang-kadang kita suka tipu diri sendiri untuk senangkan hati semua orang.

kadang-kadang kita suka jadi diri orang lain daripada jadi diri sendiri.

kadang-kadang aku rasa aku berada kat bawah, walaupun tempat aku sebenarnya kat atas daripada korang. hormat dah jadi nombor dua.

inginkan perubahan tapi takde usaha, macam mana tu?

paham, tapi buat-buat tak paham. tak suka tapi buat juga. perubahan yang turut mengubah diri aku.

tak tahu apa yang orang rasa, kita hanya meminta. aku rasa apa yang kau rasa. dulu aku macam tu juga. tapi ada had nya. tanya la dulu dengan rasa hormat, jangan buat orang terasa. ada, terima. tak ada? sabar laa. bagi sikit masa.

dulu buat apa yang kau suka, guna apa yang tak patut guna, sekarang baru nampak kesan nya. amik, rasakan.

rasa hormat masih tinggi, jangan risau.

*apa yang aku rasa. aku banyak membaca, banyak sangat. baik buruk aku dan segelintir orang je yang tahu. aku nak yang terbaik dalam hidup. untuk perkongsian bersama. mungkin korang pun rasa macam yang aku rasa.

Sunday, 23 October 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


assalamualikum uolss.

apa ni? random giveaway dari blogger Penmerah. banyak woah hadiah hadiah yang menarik, tergoda i yooo. mana tau kot2 dapat hadiah Mp3 Sony free ke kan. sape yang tak nak. korang nak? blog baru ni aku jarang join contest. dalam erti kata lain, tak pernah pun, hee ni first time. kot kot luck aku ke kan, amin~

dengan alasan aku jarang update blog so aku pun di tag oleh gadis yang gila merah jugak, fyda deon.

nah korang, sila la lapang kan buat tagged ni okeyh. cik anem, najwa nasir and wanie nasir.

update bukan sebab paksaan tapi kerelaan. semoga nasib menyebelahi saya :)

Friday, 21 October 2011

update ringkas



rasa macam dah lama tak berada dalam laman sosial.
update terus dari webbie.
menunggu nak balik kampung tercinta. muar, johore.
esok ada gathering family kat melaka.
pakaian : merah <3

have a safe journey farah nasir :)