Wednesday 24 August 2011

semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna

salam semua~


ramadhan semakin meninggalkan kita. dah masuk fasa ketiga. sama macam tahun lepas, sambut syawal diikuti oleh sambutan merdeka. minggu terakhir ramadhan ni masing masing sibuk nak lengkap kan apa yang belum lengkap. macam aku jugak. betul tak? yang sibuk cari baju raya saat saat akhir, cari kuih raya, langsir baru, perabot baru, meriah.

semoga ramdahan kali ni abah berpeluang beraya bersama kali, maksud aku kembali cergas seperti dulu. aku masih ingat masa terapi hari tu abah ada tulis something diatas sehelai kertas putih yang diberi oleh doktor ' aku berazam ingin sembuh seperti sedia kala...' amin, akak sentiasa doakan abah sihat dan kembali cergas seperti biasa :)

aku kagum dengan semangat abah, semoga cepat sihat.

aku kagum dengan mama yang sayang abah, jaga abah tanpa jemu, semoga usahamu diberkati.

macam mana dengan lailatulQadar? malam yang lebih baik dari seribu malam. seperti tahun tahun lepas, masih mencari. aku takde la sebaik mana, aku yakin semua umat islam mengharap malam itu boleh dimiliki. banyak kan amal, dan berpuasa kerana allah. solat terawih banyak fadilat nya. semoga diampunkan dosa dan sentiasa diberkati :)

aku rasa puasa ni aku dah makin berisi tapi maintain comel. awww, HAHA ^_^

2 comments: