Saturday 31 December 2011

shoutmix telah tamatkan perkhimatan percuma.

i dah tukar CBOX baru. uolss bila lagi?
sape sape yang nak bayar untuk shoutmix tu boleh la terus kan.


klik pada gambar untuk web cbox :)


Friday 30 December 2011

END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla

salam semua.

hari ni 30hb December, means? lagi 2 hari je MEGA GIVEAWAY ditutup. last minit join, tengah blogwalking tergoda dengan giveaway ni. so lets rock, mana tau ada luck ke kan :)

yang pasti hadiah dari sponser banyak gila, check this


TAG kawan kawan tersayang


  1. Follow blog CA dulu DONE!
  2. Buat entry END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla DONE!
  3. Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini DONE!
  4. Tag 3 orang blogger.Make sure diorang tahu about this Giveaway DONE!
  5. Like fan page CA DONE!
  6. Wajib tinggalkan link entry korang di ruang komen DONE!
  7. Copy senarai sponsor dalam entry uolls and LIKE for pages or FOLLOW for blog DONE!

senarai sponsor ( ada 30 kesemuanya ) :



Thursday 29 December 2011

sedarlah wanita

kesah pasangan couple dan cinta sebelum nikah…iktibar

budaya taqrabu zina

“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?. “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”. Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.

Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung
tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi telanjang terus
(cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).
Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab
nak buat kenangan.

2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.’Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami
I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.

Si teman lelaki “……………….“.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si temanlelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut”..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi.
4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak
dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!.
Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam
kau!.”..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan.

Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil
anak bf I. Tapi dia dah lari.”…Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.” Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar.
Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia
pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke
dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.

Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan.
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian
menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.

Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai
isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita
itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai
selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH
DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.
Sedarlah wanita.
Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?.
Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?.
Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?.
Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?.
Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?.
Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. “Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri”. Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi
segala2nya!.
Wanita!.
Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.
“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan(apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan.” (Fathir, 37)

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?.
Takut Allah tidak menerimamu?.
Dosamu banyak?
Lebih banyak daripada air di lautan?
Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu,necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam,seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu,Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut.”

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan… RT & Share untuk tatapan dan renungan bersama..

note : 100% copy paste dari blog Liyana Lunia.


Wednesday 28 December 2011

Menara taming sari Melaka

First revolving ‘Gyro Tower’ in Malaysia, The Malaysia Book Of Records.





semalam ikut paksu hantar atok balik kampong iaitu kat Muar, Johor. drop diorang then lepas maghrib gerak balik. paksu ajak pekena asam pedas Hajah Mona kat Bandar Hilir then lepak kat MenaraTaming Sari katanya. memang terbaik la asam pedas dia, pedas kaw punya. orang cakap rugi datang Melaka tak serbu kedai masakan asam pedas, orang cakap la kan, hehe. pelanggan  kedai tu memang super duper ramai. ada yang kena berdiri nak cari meja kosong. kayo Hajah Mona macam ni, hee air the limau dengan fresh orange. 2 pinggan nasi kosong siap dengan timun dan telur masin, 2 pinggan asam padas ikan pari, kalian ikan masin, telur dadar, nasi tambah lagi. total baru rm23+ ok kan?

saja nak update pasal Menara Taming Sari ini. first experience la katakan. harga untuk orang dewasa rm15, kanak kanak rm10. beratur memang panjang sebab ramai sangat orang. tapi sekali masuk boleh memuatkan seramai 66 orang dalam satu masa. best, sebab kita boleh lihat pemandangan Bandar Melaka. berpusing pusing kat puncak so kita boleh tengok semua tempat. agak gayat tapi keseronokan tetap ada.

menara Taming Sari satu satunya manara berputar dibina di Malaysia. rekabentuk menara ini diambil sempena keris lagenda, Taming Sari yang digunakan oleh pahlawan melayu tersohor, Hang Tuah.   


Tuesday 27 December 2011

happy birthday twins mama

#mama ani dan mama ana, 44.



twins mothers yang tercinta. kasih sayang sampai bila bila. semoga kalian bahagia dan dapat apa yang dihajati. im proud having a twins mother like both of you. nice, kind, pretty, gorgeous. semoga panjang umur dan diberkati olehnya. ILOVEYOU mama <3


#6 relationship

December, with love.

iloveyou, i love December very much. 
because you with me :)


Friday 23 December 2011

#5 relationship : selamat hari lahir sayang.

Ya allah, engkau muliakan dan sayangilah dirinya, berkatilah keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki untuknya, jauhkan dari fitnah dan hasat dengki, penganiyaan, penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alasan, makbulkan doa serta cita citanya yang murni, semoga ibadahnya menjadi penebus dosa lalu, AMIN!




#azaruddin rahim, 21.

selamat hari lahir, semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dengan cinta iaitu saya, hee terima kasih untuk hari ini, semalam, hari hari sebelumnya dan untuk selama lamanya. untuk warna warna cinta yang warna warni ni juga. saya sayang awak tau.

#3 Campaign Assignment : churpchurp

ok, churpchurp dah banyak sangat bagi assigment.
aku baca, hentam then submit.
agak menarik dan tertarik :)

rewards : ada laa belas2 hinggit, haha bai <3

Friday 16 December 2011

di sebalik tabir

nak berlari, melarikan diri dan sewaktu dengan nya.

apa aku merepek ni? hehe sedih tapi jangan tunjuk kan kesedihan tu. marah tapi jangan tunjukkan kemarahan tu. yang kita perlu buat? senyum. macam yang aku selalu buat. orang tak tau pun aku suka ke, marah ke, sedih ke. aku pasti semua tu.

tak larat nak cakap, tak larat nak luah. ada segelintir yang paham ada juga yang buat-buat paham. yang pasti aku sorang je yang tau.

ada yang sudah mula berbicara masalah kita, masalah kain sendiri, orang luar yang disayangi. orang luar yang kini takde hubungan apa-apa dah. kenapa dorang yang nampak? kenapa bukan korang yang paham aku?

buang la ego, jangan pentingkan diri, jangan kurang ajar, jangan tinggikan suara, hormat dah kemana.

layanlah aku seperti mana sepatutnya, bercakap dengan aku seperti mana sepatutnya, hormatlah aku seperti mana sepatutnya.

aku lihat diri sendiri, dimana aku sekarang. aku diam dan bersyukur. syukur lagi. syukurnya aku atas setiap perkara yang aku terima sampai ke hari ini. lebih daripada perkataan syukur. syukur aku bukan sekadar menyatakan syukur dalam blog aku ni.

tak siapa tahu disebalik sebuah senyuman tersimpan sebuah kisah yang tak terungkap dengan kata-kata.

aku kan kakak, salam sayang.

Tuesday 13 December 2011

#2 Campaign Assignment : churpchurp

hari ini hari ke-6 aku join churpchurp. counting the days tu, haha semalam aku dapat campaign dari churpchurp pasal produa tweckbot dan hari ni plak aku dapat campaign pasal gila internet sale ihsan dari DIGI.


macam older post, aku tak paham sangat pasal churpchurp ni. champaign yang dorang bagi macam ni dapat reward ke kalau hantar draft tu? aku main buat je pun. ada sape2 boleh terang kan tak? hee

kita tunggu reward sebulan okeyh. tak sabar :) churpchurp <3

Monday 12 December 2011

#1 Campaign Assignment : churpchurp

hari ni hari ke 5 aku join churpchurp dan aku puas hati gak la dengan churpchurp ni. hari ini gak aku dapat assignment pertama dari churpchurp dan aku merajinkan diri buat draft pasal assignment churpchurp ni.

macam biasa setiap kali aku online aku akan check email dan ni salah satu email yang aku terima dari churpchurp.


untuk percubaan pertama ni aku merepek je pong, hehe so tunggu je la churpchurp nak publish ke tak kat twitter aku. ye kot, tah la.

apa tu churp-churp? aku rasa aku dah ketinggalan bab cari duit dengan churpchurp ni. orang lain dah baratus-ratus, ribu-ribu aku baru bape hinggit. alhamdulillah dalam masa beberapa hari 'sen-sen' naik dengan cepat. so makin excited nak publish iklan walaupun nampak bersepah kat facebook dengan twitter aku.

aku ni jenis kemas sikit, cewaaah. kat facebook tu kalau boleh tak mau ada spoiler. sbb banyak mata melihat kan. tak mau iklan2 ni sebab buat profile aku jadi tak lawa. disebabkan tengah buat kajian pasal churpchurp ni so aku biarkan je and sekarang lantak laa kau. sepah pun sepah laa. iklan churpchurp je pong.

aku ingat nak buat experiment je dalam masa seminggu berapa aku boleh dapat dengan kerajinan yang tak seberapa ni kan. tapi so far ok, aku puas hati. so akan diteruskan sampai berangka-angka, haha kalau boleh la kan. sape tak nak duit free kan. berebut rebut semua.

cuma perlukan kerjasama dari kawan-kawan facebook dan twitter untuk klik and aku boleh dapat kan reward lebih sikit untuk churpchurp aku ni. aku tak reti sangat. new user la katakan. orang buat aku nak buat jugak churpchurp ni.

yang aku tau share iklan churpchurp ni, then ada reward. macam iklan dari sini, sini, dan sini. more info boleh la pegi kat churpchurp ni. ada tak yang baik hati boleh hulur kan bantuan. ajar la aku eh cara nak guna churpchurp ni, hee bagi ilmu kat orang dapat pahala woahh. sape nak? hehe

tapi kat blog aku stay lagi dengan nuffnang. mana boleh tinggalkan nuffnang sebab churpchurp ni kan. dua2 sama je, takde beza pun. aku rasa dorang adik beradik kot, hee kat facebook dengan twitter je aku aktif dengan churpchurp. and aku tak arif mana pun. ada, ada la kan. takde nak buat macam mana kan. redho je, hehe. 

before join churpchurp ni aku adalah gak search kat google. ada blogger yang dapat reward superbbb punya best dari churpchurp. yang sebalik nya pun ada gak. benda2 macam ni depends on someone effort. ada usaha ada reward. kan kan? churpchurp <3

dulu yela ber blogging sebab isi masa lapang, minat, saja-saja. tapi sekarang majoriti sebab duit hasil online. tapi aku sebab dua2, hee tak salah kan. betul tak? :DD

Tuesday 6 December 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


ehem ehem, another post pasal giveaway yang aku join, setakat ni baru 2 kali tapi first takde luck. hope kali ni luck milik aku :)

giveaway superbb punya best, tergoda aku. tergugat iman. 77 ultimate year giveaway dari blogger yang femes ni, banyak kan? ni sponsors untuk giveaway ni, memang terbaikk. 


1st step, buat entry. DONE!

2nd step, letak banner giveaway yang awesome. DONE!

3rd step, letak link sponsors dalam entry. DONE!

4rd step, buat blog list, like fan page. DONE!

5ft step, promote entry. hee on the way :)

6th step, LIKE dan TWEET. DONE!

7th step, ikut syarat-syarat. rasa macam DONE jugak kutt :)

aku harap kan luck je.
ada rezeki tak kemana kan. iloveyou!

empat hari RM4 juta, superbbb!

aku antara penyumbang daripada RM 4 juta tu bersama kekasih tercinta. aku tengok masa hari ke-3. tu pun panggung full gilaa. walaupun dah lambat aku nak update gak tapi tak payah la nak cerita sinopsis or segala bagai sebab aku tau semua orang dah tau pasal cerita ni kan.

excited kuttt nak pegi tengok ombak rindu ni. first aku pegi jusco kepong tapi takde show dia then kitorang lari kat brem mall kepong jugak. ada tapi seat 2nd line dari depan. amik kau, lenguh tengkuk babe, haha

aku tengok timeline kat twitter, facebook, ada yang kritik tak puas hati tapi lagi ramai yang bagi pujian. ada yang cakap tak sama dengan novel ombak rindu yang best tu, banyak pulak komen korang eh. ada yang menangis, ada yang suruh bawa tisu. macam-macam la respond daripada semua orang.

hasil daripada apa yang aku dah lihat, memang superbbb! kusyuk siot tengok ombak rindu ni. lagi-lagi tengok watak Haris yang di lakonkan oleh Aaron Aziz tu. barisan pelakon yang mantap Maya Karin, Lisa Surihani membawakan hasil yang terbaik. bagi sape-sape yang tak tengok lagi tu pegi la tengok kan diri tu, hee background tempat lakonan dijalankan pun menarik, sejuk mata memandang, hijau. cerita hasil adaptasi dari novel ombak rindu ni takde la ikot sangat, tapi best laa. ni komen dari aku :)

tahniah kepada pengarah Osman Ali kerana mencatat kutipan yang membanggakan. RM4 juta kuttt, kayooo hang. mainan emosi dan air mata bagi kaki wayang yang aku rasa semua yang tengok tu adalah pembaca novel ombak rindu karya Fauziah Ashari.


..........................................................................................................................

btw, saya happy sebab awak ada dengan saya walaupun 2 hari dalam masa beberapa bulan. 
sayang selalu :)

Wednesday 30 November 2011

Zahiril Adzim & Syera Aiyob :)

tahniah, congret. korang memang sweet <3

aku suka ni


dan ni


dan ni


dan ni


dan ni jugak, suka :)


sumber, ohbulan dan jangguttouch :)





Thursday 24 November 2011

aksi si cilik

seminggu sebelum, rancang nak dating dengan adik aku yang tersayang, berdua lebih baik. nak bawa dia main boling, tengok wayang, jalan-jalan, pusing-pusing, makan-makan. macam orang yang berdating la kan, hee rindu kekasih hati :)

tapi kesudahan nya kena angkut adik2 sepupu sekali, total 4 orang. semua orang tengok pelik, orang yang comel macam aku bawa anak ramai-ramai *perasan, blushing :P





terbaik dari ladang, hehe

ella, standing in the eyes of the world.


wali band - baik-baik sayang

lagu pelengkap hidupku di lupakan sementara
 untuk memberi laluan kepada video si cilik ni.
have a good day :)
love, farah <3

Tuesday 22 November 2011

#4 relationship

2211-2202 = 9

ini kisah semalam dan semalam semalam.

tuhan nak tunjuk yang aku mungkir janji, tup! amik kau. daripada tak tahu jadi tahu, daripada rahsia terus jadi perkara untuk dikongsi dan dibincangkan bersama. actually bukan rahsia, macam yang saya cakap sayang, terpaksa. kena marahhhhh, sedih. 

kalau aku salah, aku mohon maaf. kalau berdosa dengan manusia kena minta ampun dengan manusia.

no matter what, promise is still promise. there is always second chance. third time and continuously? lu piker la sendiri. sebab tu la kena marah, padan muka aku. aku tau tapi tak tau kenapa buat jugak. cari pasal cari nahas? entah laa sayang.

tak kisah la janji tak di tepati, hajat tak di laksanakan. saya sayang awak selagi saya mampu.

tak kisah la berapa orang pun saya bagi, awak paling penting.

tak kisah la berapa banyak kali pun kita gaduh, awak dan saya masih bersayang sayang jugak.

kisah hari ini

saya nak awak jadi macam lagu kat blog saya, pelengkap hidupku.

*post agak geli-geli, jiwang. haha tapi this is between us. you, you and you. awak la sape lagi! just read it and leave a comment. kalau tak nak, baca, klik nuff yang dah naik 75sen ni and go, hee thanks.

i love you :)


Monday 21 November 2011

harimau malaya vs garuda


yuhuuu,
tak sabar nak bertapa malam ni depan TV. 
mesti ramai ikot jejak langkah yang sama.
betul tak? betul tak?
penuh debaran.

best of luck to Harimau Malaya <3




ni antara gambar yang aku jumpa kat mukabuku.
interesting right? kreatif and inovatif betul.
just sharing :)

Sunday 20 November 2011

BN Youth Job Fair

semalam saya pergi sini


sini


sini


dan sini


karnival kerjaya yang berlangsung selama 3 hari di PWTC telah menarik ramai pengunjung terutama yang tengah cari pekerjaan. seriously memang ramai gila graduan graduan negara berkumpul kat sini. aku salah sorang daripada mereka.

gambar amik dari BN Youth Job Fair punya facebook. takde masa laaa teman nak amik gambo kat tengah tengah keramaian orang ni woooiii, hehe sumber express, save gambar, copy and paste. siap, cepat dan mudah kan kerja aku :)

bawak resume siap siap, soft copy, hard copy, isi borang yang ada mana tau luck milik semua. usaha tangga kejayaan kan orang cakap. buat apa yang mampu.

banyak sangat agensi dan syarikat yang join event ni. banyak jugak perkerjaan yang dorang offer. tinggal pilih yang mana sesuai.

ok, full stop. bai2 semua :)

Saturday 19 November 2011

family madness


i love everybody. 
some i love to be around, 
some i love to avoid 
and others i would love to punch in the face.
 the truth is, i love my family very much.

to fyda deon, good luck in JENGKA. rasa la kenikmatan duduk hostel :) 

happy birthday to edora deon, 20. to sahira also, 9 :)

Thursday 10 November 2011

Lirik Lagu Eren feat. Romi Pelengkap Hidupku

ehem ehem, ada something new kat belog ni. tiba-tiba jatuh cinta dengan lagu ni, haha lagu ni best yawn. jom layan, weee~

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu


* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari


reff:
bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu
peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia

ulang *
ulang reff [2x]

tahniah kak raihana.







diculik dirogol dan diseksa sampai mati


  • Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.
  • Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’
  • Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.

Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:
Diculik. Dirogol (lebih daripada 400 kali) Kebuluran dan kekurangan nutrisi Makan lipas  untuk makanan dan minum air kencing sendiri Dipaksa onani. Dipaksa berbogel di hadapan  penculiknya. Dicucuh dengan pemetik api Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali. Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya  melompat di atas kepalanya.Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag.  Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut. Alat  pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya. Muntah ketika cuba minum air (perutnya  tidak dapat menerima air). Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya. Dituang  cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan  dia melarikan diri). Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki Dipukul dengan  buluh Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan Tangan dihempap dengan  objek berat dan kukunya dipecahkan Dipukul dengan kayu golf Rokok dicucuh ke dalam  kemaluan Dipukul dengan batang besi berulang kali. Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca  musim sejuk Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam  kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka. Kelopak mata dibakar dengan pemetik api. Dicucuk jarum di  bahagian dada. Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar. Mentol  lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan. Pendarahan yang teruk di kemaluan  akibat dimasukkan gunting. Tidak boleh membuang air kecil dengan baik. Kecederaan yang  teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas. Gegendang  telinga mengalami kerosakan yang teruk. Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir” I JANUARI  1989: Menyambut tahun baru bersendirian. Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.  Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan  kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di  mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin. Cecair pemetik  api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir  Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia  dalam kesakitan. So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan  Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya  atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di  antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’.  Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana  penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah.  Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut  ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan  hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8  tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan  tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan  penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan  kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa  kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.


*just sharing dari belog cikabusifir.

Sunday 6 November 2011

selamat hari raya aidiladha.

assalamualaikum uolsss~

salam aidiladha diucapkan.

btw, tahniah pada kak raihana atas perkahwinan yang best semalam. grand uuu, happening sampai pening2 semua. sangat sibuk menghulurkan bantuan dan jugak menyibukkan diri walaupun tak sibuk sangat. huh. pelamin lawa, khemah lawa, cuaca pun lawa, pengantin? confirm la lawa. tema : MERAH. garang wokk!

picture will upload later, biasa laa. kami the pari-pari kan kaki kamera :) beratus ratus ratus ada, haha

memang plan dari awal raya korban nak sambut kat muar, johor. rasa nya ini pertama kali kot. seronok tengok mama, angah kejut anak2 bangun pagi2 ajak pergi sembahyang raya. lain la perasaan walaupun aku tak dapat nak join. atok, anak, cucu semua pergi, sumbat2 naik kereta 3 biji. so sweet!

tapi raya duduk rumah je, muahh haha. habis kan masa dengan keluarga. lembu pun tak dapat tengok aku.

tapi ada beberapa perkara yang spoil kan mood. hmmm

Tuesday 1 November 2011

Sophea Issabella anak angkasawan negara.

 

comel kan? comel kan Sophea Issabella.

sebenarnya tadi tengah blogwalking, baca blogger femes ni punya blog, ohbulan. sape tak kenal kan. tergoda tengok gambar baby yang comel, geram. so, i kidnap gambar Sophea Issabella for sharing. takpe kan :)

sweet gila second picture, i love it. suka tengok orang bahagia <3

Saturday 29 October 2011

himpunan keluarga PARIMBUNIS

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu.

PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.



JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya.

sumber, UTUSAN.
...................................................................................................................................

PARIMBUNIS tu benda apa? singkatan daripada nama anak-anak Raja Ali dan Raja Chik ; Fajar, Rimbun, Isamil dan Masrobiah.

ada jugak keratan dari kosmo, tapi cari dalam kosmo online tak jumpa plak. dalam kosmo cakap 500 orang, dalam utusan 200 orang. tah laa mana yang betul, yang pasti ramai.

btw, aku pergi perjumpaan ni dengan atok and family pari-pari, beloved kezen aku. gambar-gambar kat bawah ni pun aku kidnap dari blog kezen aku fydadeon. for your info, aku memang suka kidnap gambar dari dia. weee, i loike :)

cari la aku kalau jumpa yeah. bubye uolssss.