Saturday 5 May 2012

hidup kian berubah, better life.

almost two month aku dah keja. dapat job yang boleh tahan awesome, assistant executive kat syarikat perumahan negara berhad, SPNB bahagian construsction.

alhamdulillah, boleh tolong family sikit-sikit.

life as student and dah bekerja jauh berbeza. penat belajar dengan penat berkerja memang lain.



ni yang aku dapat daripada officemate aku sempena bufday hari tu, hmm sedap gila cupcake dia!!!! thanks korang, siap ada kad. so, aku gantung kat ofis sebagai tanda penghargaan, muahahaha

then ni antara gambar masa aku keluar outstation 5 hari. aku pakai handphone cikai, so malas nak amik gambar. ni pun aku kidnap gambar dari facebook member je, hee jadi la kan, buat-buat ada.



singgah ladang anggur kat Sik, Kedah. lawa sangat, tapi anggur masa tu dah kena petik, tak dapat nak tengok. dapat tengok buah yang kecik-kecik je.



ni dekat Taiping, ktorang bermalam kat Sentosa Villa. tempat yang romantik, nyaman, boleh masuk kan dalam senarai tempat nak pegi bulan madu nanti, hahaha tapi seriously cantik sangat.

sepanjang 5 hari outstation, 4 hotel ktorang tidur, rasa macam orang kaya pun ada, haha padahal duit syarikat. rasa macam orang nomad, pindah randah dengan barang-barang yang agak banyak la kan.

1st day - Impiana Hotel, Ipoh
2nd day - Sentosa Villa, Taiping
3rd day -  Park Avenue Hotel, Sungai Petani

kerja belah pagi je, pegi buat presentation, jumpa tuan tanah, buat agreement cagar tanah, gaduh sikit-sikit, haha pastu petang free.

aku rasa macam best je outstation, tak keluar duit langsung. pagi breakfast sekali kira dengan duit hotel, tengah hari lawyer hulur duit belanja makan. malam pun ada yang dorang belanja. tak pun senior executive yang belanja. nyaman kan hidup macam tu, siap dapat duit belanja sekali dari senior ktorang. balik tu baru buat claim duit makan, hotel and perjalanan. mata ni nampak duit je, muahahahahaha astarghfirulahhalazim~

yang paling best, sambil menyelam minum air. senior executive aku buat pilihan tepat dengan bawak aku pegi outsation bersamanya. dapat jumpa kekasih hati, hati berbunga-bunga la sayang. dua hari spend time dengan orang tersayang yang dah lama tak jumpa ni, long distance relationship, biasa la tu, kerinduan *blushing XD sabtu sebelum balik jumpa lagi, means tiga hari! sampai je Park Avenue suruh dia amik, gila gelojoh, hee


ok, stop cerita pasal outsation. ni gadis-gadis yang bakal buat hidup aku gembira lepas ni. partner keja yang best, ngam. pegi mana-mana mesti berlima, haha semua orang dah kenal.


korang tau apa ni? ni namanya resit, haha amik kau makan BURGER BAKAR kat wangsamaju kena charge sampai rm180!! makan ke buat kenduri ni? haha masa ni aku spend time dengan gadis-gadis kat atas tu la. sekali dengan sorang mamat and bos ktorang. datang lepas maghrib, dapat burger pukul 9. memang lama gila la kan nak tunggu, manusia beratur memang ramai gila. tapi hasil nya memang mengenyangkan sangat-sangat. cuba la try, tak rugi pun. memang mahal, tapi bukan selalu.


No comments:

Post a Comment