Wednesday 14 September 2011

sudah tak tertahan air mata

ya Allah, terangi lah hati aku ni seperti mana kau menerangi alam semesta ini.

aku tahu aku kuat, aku tahu aku boleh buat. tapi takde kudrat. aku hanya mampu melihat, memerhati tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun dari mulut. tak tahu nak mula dari mana. terasa sungguh bodoh diri ni kerana memang sedia bodoh dan diperbodohkan.

aku percaya setiap benda atau perkara yang berlaku ada hikmahnya. sekarang bukan masa untuk menunding jari menyalahkan satu pihak atau pihak yang lain. benda dah lama mula, bila dan bagaimana hanya pihak tu yang tahu. macam macam cerita. cuma kita tak tahu sekarang penghujungnya bagaimana, yang pasti walau bagaimanapun akhirannya, sedih dan duka itu adalah jawapan bagi setiap persoalan. terguris, terhiris, berdarah hanya kita sahaja yang tahu.

tak tahu mana silap. macam macam usaha tapi masih dipersalahkan dan dipersoalkan. tak cukup bagus ke? apa lagi tak puas hati? macam macam soalan boleh diajukan. tapi ikhlas ke jawapan keluar dari mulut pesalah atau orang yang dipersalahkan. boleh diterima pakai? boleh diterima minda? boleh diterima oleh hati yang suci yang dikurnia tuhan ni? tertipu dan ditipu, itu yang pasti.

terima kasih kepada insan yang sentiasa ada disisi. terima kasih juga kepada insan yang sentiasa menghargai. terima kasih juga pada insan yang membela diri. terima kasih banyak banyak untuk air mata dari seorang insani yang sangat sangat disayangi. tak tertanggung rasa hati melihat dirinya sekarang ni.

ya Allah, hanya kepada mu ku meminta dan kepadamu ku mohon petunjuk. amin~


hanya kasih yang dipinta,
noktah.

2 comments:

  1. This is my first time visiting. I'm a sucker for a good book giveaway ;)

    Glad to have found your site. I'm a new follower.domain registration india

    ReplyDelete