Saturday 29 October 2011

himpunan keluarga PARIMBUNIS

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu.

PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.



JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya.

sumber, UTUSAN.
...................................................................................................................................

PARIMBUNIS tu benda apa? singkatan daripada nama anak-anak Raja Ali dan Raja Chik ; Fajar, Rimbun, Isamil dan Masrobiah.

ada jugak keratan dari kosmo, tapi cari dalam kosmo online tak jumpa plak. dalam kosmo cakap 500 orang, dalam utusan 200 orang. tah laa mana yang betul, yang pasti ramai.

btw, aku pergi perjumpaan ni dengan atok and family pari-pari, beloved kezen aku. gambar-gambar kat bawah ni pun aku kidnap dari blog kezen aku fydadeon. for your info, aku memang suka kidnap gambar dari dia. weee, i loike :)

cari la aku kalau jumpa yeah. bubye uolssss.



2 comments:

  1. wah meriahla kalo macam tu..
    nak jugak la kumpul keturunan daeng cellak pahlawan bugis hahahaha

    ReplyDelete
  2. abu : daeng cellak pahlawan bugis? haha terbaekk!

    ReplyDelete