Thursday, 10 November 2011

diculik dirogol dan diseksa sampai mati


  • Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.
  • Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’
  • Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.

Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:
Diculik. Dirogol (lebih daripada 400 kali) Kebuluran dan kekurangan nutrisi Makan lipas  untuk makanan dan minum air kencing sendiri Dipaksa onani. Dipaksa berbogel di hadapan  penculiknya. Dicucuh dengan pemetik api Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali. Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya  melompat di atas kepalanya.Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag.  Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut. Alat  pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya. Muntah ketika cuba minum air (perutnya  tidak dapat menerima air). Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya. Dituang  cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan  dia melarikan diri). Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki Dipukul dengan  buluh Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan Tangan dihempap dengan  objek berat dan kukunya dipecahkan Dipukul dengan kayu golf Rokok dicucuh ke dalam  kemaluan Dipukul dengan batang besi berulang kali. Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca  musim sejuk Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam  kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka. Kelopak mata dibakar dengan pemetik api. Dicucuk jarum di  bahagian dada. Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar. Mentol  lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan. Pendarahan yang teruk di kemaluan  akibat dimasukkan gunting. Tidak boleh membuang air kecil dengan baik. Kecederaan yang  teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas. Gegendang  telinga mengalami kerosakan yang teruk. Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir” I JANUARI  1989: Menyambut tahun baru bersendirian. Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.  Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan  kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di  mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin. Cecair pemetik  api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir  Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia  dalam kesakitan. So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan  Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya  atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di  antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’.  Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana  penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah.  Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut  ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan  hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8  tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan  tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan  penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan  kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa  kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.


*just sharing dari belog cikabusifir.

No comments:

Post a Comment