Saturday 7 January 2012

Pengalaman paling Seram pernah dilalui

kenapa tiba tiba tajuk macam ni? jangan cakap banyak, baca je dulu apa aku tulis ni :)

pengalaman yeah. hmm, duduk asrama buat aku belajar banyak benda. life dekat asrama berbeza daripada life dekat rumah. kat situ la kita belaja macam macam, kenal dunia. ye ke? serius, kehidupan yang berbeza.

paling best? masa lalu...

lokasi : asrama. bilik f8.

pagi, jam 3. senyap, sunyi, gelap gelita. semua tengah layan mimpi. baekk punya sleeping beauty. tiba tiba pintu terbuka. tapi takde siapa pun. dia masuk, dia buka pintu dari luar. tanpa sebarang bunyi. terlalu senyap.

junior, tersedar. tengok pergerakan dia tapi tak boleh berkata-kata. tak boleh mengeluarkan suara, kaku. dia lalu depan junior, selumber je. hitam, tak nampak muka. sebab gelap, mungkin. pakai tudung tapi berkopiah. untuk merahsiakan identiti nya. mungkin. tanpa pakaian, bogel? entah la.

macam tadi juga. nak menjerit tapi tak terkeluar suara. dia pusing keliling bilik, seperti mencari sesuatu. tappp, dia amik sebuah beg. tapi kenapa beg tu?

dia melangkah keluar dari pintu.

arghhhh, junior menjerit.

akhirnya, keluar juga suara. satu bilik tersedar. tapi pelik, hanya bilik itu je. kenapa? mana penghuni asrama yang lain? tidur mati ke apa?

junior grab tangan kak F dan kak I. berbekalkan penyapu dan penyodok

"jom kejar" katanya.

"yang lain duduk dalam, kunci pintu. baca yasin"

berlari turun bawah berkaki ayam, tanpa selipar, berbaju tidur. macam tengah mimpi. berlari satu blok F asrama perempuan macam mereka je ada kat situ.

"akak tu, kat bawah"

"mana?"

dia menuju ke ampaian baju wanita. menyorok disitu. mungkin.

"cepat kak"

gila betul budak ni, "kau nak turun macam mana, grill kunci ni"

masa tu kat aras satu. grill memang kunci setiap malam pukul 12. takde cara lain. ini adalah salah satu cara. PANJAT atas koridor, TERJUN. memang kerja gila, sanggup.

lari ke ampaian, berani tapi takut. gelap sangat. masuk tapi dia dah takde. terlambat, lambat sangat. tapi dia tinggal kan sesuatu. tudung dan kopiah yang dipakai. kemas punya tersidai di ampaian. shit, terlepas.

bilik warden blok sebelah, blok E. grill kunci jugak, macam mana nak naik? hmm, idea bodoh. pergi stor tengok apa boleh pakai. ada almari! bagus. tarik keluar. panjat naik atas.

"akak naik, kejut umi mai. kita kejut umi baiti" kata junior.

ketuk bilik warden, tapi senyap. tidur mati. sah pukau! bawah pun sama.

END


ni cerita betul, buka rekaan semata mata ok. tapi ini bukan cerita hantu. just aku rasa ini adalah pengalaman yang paling seram yang aku penah dapat. so far aku tak pernah jumpa hantu lagi and aku tak teringin pun nak jumpa, hee

cuma aku bagi gempak sikit je cerita ni. tambah bagi berbunga bunga walaupun ni bukan kisah cinta.

masa tu aku senior, tingkatan 5. kawan aku, bussines women termaju kat sekolah tu. sebab dia buat baju untuk semua kelas. jadi dia masyukk gila la dengan duit. hari hari dia tidur dia letak beg dia kat sebelah kepala dia, peluk kadang kadang untuk safety. dan aku adalah sleeping partner dia masa tu.

one day, bilik ktorang kena masuk dengan 'something' yang sampai sekarang tak tau apa tu. nak cakap toyol besar sangat. rasa nya dia dah aim kawan aku baik punya sebab kawan aku banyak fuluss. mesti korang cakap dia sengal sebab tak masuk kan dalam bank siap siap. so baik aku cakap awal awal. dia plan nak outing esok pagi nya. ok?

kenapa junior tu je yang sedar? entah la, mungkin masa tu dia tidur berbeza daripada orang lain. hmm, mungkin.

and for your info, stunt women yang terjun dari aras satu tu junior aku, aku, dengan kawan aku yang duit dia kena rembat tu laa. terbaekk, malam tu sakit kaki.

malam tu jugak kejut warden aku sepuas hati sampai bagun. call ketua warden, call polis. pelajar perempuan tak boleh keluar bilik. ktorang kena ikut prosedur. polis tanya soalan kena jawab. tak boleh usik barang barang dalam bilik. polis tangkap gambar. pengalaman semua tu kott. barang barang bukti dorang simpan.

pagi isnin perhimpunan, announcement pasal banda ni. dan kami kena perli sebab terlalu bajet berani padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu. boooooo, haha

.......................................................................................................................


aku join contest INI ihsan daripada blogger pen merah.
kot kot dapat tiket free ke kan.
rezeki ada kat mana mana.
sharing is caring, hehe


2 comments: