Wednesday 22 February 2012

dua dua kosong dua, hanya kau.

aku nak jadi bulan,
aku nak kau jadi matahari,
kerana cahaya matahari memberi sinaran kepada cahaya bulan.

tapi,
aku juga nak kau jadi bulan,
aku nak jadi bintang yang bergemelapan,
sebab bintang mengelilingi bulan,
sebab bulan dan bintang selalu bersama.

aku nak kau,
itu yang tersurat dan tersirat.

kisah ini kita yang cipta,
berhari,
berminggu,
berbulan,
dan hari ini genap setahun umurnya.

hari ini,
walaupun hidung tersumbat,
tekak perit,
bernafas ikut mulut,
takpe aku redha,
ikhlas dari hati untuk kau.

nangis, sedih, suka dan duka,
bermain kata, mengoda, bermanja, memujuk, merajuk,
itu adalah lumrah.

banyak yang aku tak suka,
tapi lagi banyak yang aku suka,
suka sangat-sangat,
aku tau kau pun macam itu juga,
janganlah kau risau,
jujur dari hati,
apa yang aku tak suka makna nya tak suka,
walaupun buat buat suka,
masih juga tak suka.

ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, terlolong,
percayalah, semua disebabkan kasih dan cinta.

terima kasih untuk kasih,
terima kasih untuk duit yang kau labur kan,
terima kasih untuk masa,
terima kasih untuk percaya,
terima kasih untuk segalanya.

bukan harapan setinggi gunung,
hanya kesetiaan yang aku harapkan,
hanya yang terbaik,
aku sayang,
sayang teramat sayang,
aku jaga,
kau jaga,
sama-sama kita jaga,
yang tentukan hanya yang Esa.

aku sayang kau.

No comments:

Post a Comment