Tuesday 21 June 2011

hadiah hari bapa dari abah


Dear abah,

I hope u get well soon. I miss our talks, I miss our laughs, I miss our smile, I miss our fights,  and the truth is I miss you damn a lot! Akak doa abah sedar dan cepat sembuh. I love you abah.

Hari ni dah 4 hari abah tak tegur akak, tak tegur mama, tak tegur kak ngah, tak tegur kak cik, tak tegur najmi. Semua orang abah tak tegur. Bukan setakat tak tegur, senyum pun tak. Ya allah, aku rindu semua tu.

Hari ni gak dah 4 hari mama duduk tidur kat hospital. Nak jaga abah, nak tengok abah. Tak larat nak tengok mama nangis. Mama cuti sebab nak jaga abah. Nasib baik akak dengan kak ngah pun cuti gak. Boleh jaga abah sama sama. Adik adik akak boleh jaga, hantar and amik dorang balik sekolah. Abah rehat la dulu.

4 hari duduk sana, ramai sangat datang melawat. Abah dah macam artis. Femes gilaa! Hehe tapi abah tak nampak semua tu. Akak nak sampaikan je moga abah merasai apa yang kami rasa sekarang ni. Kawan kawan abah tak putus putus datang bagi support. Sampai orang hospital pun terkejut visitor paling ramai dorang pernah terima. Gempak kan? Kedatangan setiap daripada mereka diiringi doa. Semoga abah sembuh dan kembali seperti sediakala.

Abah nak tau, walaupun abah terbaring macam tu. Abah tetap hensem, kuat, tengok lah abah siapa kan. Walaupun muka abah ada luka luka, bengkak, ada kesan jahit, abah tetap dihati. Takde orang boleh lawan. Tapi akak lagi suka kalau abah ada sebelah kitorang. Senyum dan borak borak macam biasa. Makan sama sama, tidur sama sama, tengok tv sama sama. Rindu masakan sweet sour abah, nasi beriani abah terbaik. Akak tahu abah selalu marah marah, tapi abah sayang kan.

Abah pernah tanya kat maksu

Abah      : hari ni hari bapa ke?
Maksu   : tak la, hari ahad. Lagi dua hari.
Abah     : ohh, anak2 dah wish.

17hb jun
Akak     : abah, happy father day. I love you!
Abah    : T.q Luv u all 2.

Sweet tak? Hehe abah saya memang romentik kan. Walaupun reply ciput je. Akak wish sikit abah reply sikit la yeah? Suka balas dendam ni. Mama la ni ajar kan? hehe

Abah ingat tak pagi sebelum kemalangan tu? Kita sama sama having fun dekat sunway lagoon, i-city kan? Spend time together dari pagi sampai petang. Mula mula abah cakap nak balik sebab tak minat pun dengan benda benda macam ni. Tapi last last tukar gak baju.

Senamrobik, main air sama sama, semua permainan la kita gegar. Seronok, tapi mama penakut. Tarik pun dia still tak mau join. Tengok je, takut gigi palsu tercabut kata nyer, haha mama just ikut je. abah main gak tapi lebih banyak masa dengan mama. Paling sweet abah naik dinasour dengan najmi. Omaigod, abah dah la besar. Muat plak yeah bontot nak masuk. Lagi satu naik gelongsor air dangan kak ngah. Serius kelakar, dua dua tenggelam, muatan berat, hahaha Tercungap cugap naik balik, abah cakap kak ngah dia kelam kabut, penakut macam mama. Rileks sudaa, jangan kelam kabot angah.




Akak tak reti berenang tapi pandai menyelam. Hah? Macam mana tu? Hehe lumba berenang dengan kak cik, last last mesti nak grab abah, terpeluk la pe laa. Dalam air kot, tak perasan. Padahal ada pelampung punya lbesar. Ingat tak abah marah sebab tiba tiba kak ngah hilang pergi teman anak aunty mala main gelongsor? Then abah suruh kak chik cari dia sebab takde sama sama dengan kita. Marah tapi makne sebalik nyer? Sayang kan.






Sebelum balik kita rancang nak lepak i-city. Abah cakap kalau dah balik abah tak nak kuar lagi, malas. So, tunggu lepak kat kedai mamak makan dulu. Masa drive ke shah alam tu, akak perasan abah ngantok. Penat kan, semua orang penat. Tapi penat tu hilang bila sampai tempat bercahaya tu. Semoga abah diterangi seperti cahaya warna warni yang kita nampak malam tu. Amin.




Abah tau pe yang akak rasa masa dapat call bagi tahu abah excident tu? Speechless, tak tau nak cakap pe. Sampai akak ingat abah main main la kan. Guna  no phone abah tapi suara lain, agak pelik disitu. Gugur air mata macam air terjun. Kejut mama tapi tak tahu nak cakap pe. Takot.

Akak terima qada dan qadar. Benda berlaku sekelip mata, dalam satu hari. Ya allah, kuat kan lah semangat kami sekeluarga. Kami mohon agar abah cepat sedar, sembuh dah kembali seperti biasa. Amin~

Akak tak minta banyak, nak abah sedar dan sembuh je. Akak sentiasa doakan yang terbaik untuk abah. Akak tahu abah kuat kan. Salam sayang diiringi doa.

Lovely from,
Your daughter.

Petang ni nak jumpa abah,
Tak sabar tengok abah dah botak, baru lepas operate kan,
Semoga hari ni lebih baik dari semalam,
Dan esok lebih baik dari hari ini, amin.
abah bangunnn lah, we need u!





5 comments:

  1. farah,semoga abah ampa cepat semboh eh..
    kami doakan abah ampa sedar n bleh wat keja macam sebelom ni..take care eh..

    ReplyDelete
  2. fara , aku pon doakan abah ang cepat sembuh . jgn nanges2 taw . tabah k . insyaAllah ur abah get well soon . tke cre yunk :)

    ReplyDelete
  3. fara...aq doakan smoga abah ko cpt smbuh k..n smga ko n kluarga tbah hdpi dgaan ni...

    ReplyDelete