Wednesday, 28 December 2011

Menara taming sari Melaka

First revolving ‘Gyro Tower’ in Malaysia, The Malaysia Book Of Records.





semalam ikut paksu hantar atok balik kampong iaitu kat Muar, Johor. drop diorang then lepas maghrib gerak balik. paksu ajak pekena asam pedas Hajah Mona kat Bandar Hilir then lepak kat MenaraTaming Sari katanya. memang terbaik la asam pedas dia, pedas kaw punya. orang cakap rugi datang Melaka tak serbu kedai masakan asam pedas, orang cakap la kan, hehe. pelanggan  kedai tu memang super duper ramai. ada yang kena berdiri nak cari meja kosong. kayo Hajah Mona macam ni, hee air the limau dengan fresh orange. 2 pinggan nasi kosong siap dengan timun dan telur masin, 2 pinggan asam padas ikan pari, kalian ikan masin, telur dadar, nasi tambah lagi. total baru rm23+ ok kan?

saja nak update pasal Menara Taming Sari ini. first experience la katakan. harga untuk orang dewasa rm15, kanak kanak rm10. beratur memang panjang sebab ramai sangat orang. tapi sekali masuk boleh memuatkan seramai 66 orang dalam satu masa. best, sebab kita boleh lihat pemandangan Bandar Melaka. berpusing pusing kat puncak so kita boleh tengok semua tempat. agak gayat tapi keseronokan tetap ada.

menara Taming Sari satu satunya manara berputar dibina di Malaysia. rekabentuk menara ini diambil sempena keris lagenda, Taming Sari yang digunakan oleh pahlawan melayu tersohor, Hang Tuah.   


2 comments:

  1. cantik laa pemandang tuu,.. best,.. :D

    ReplyDelete
  2. memang laa, cantikss sangat lagi2 dari atas :)

    ReplyDelete